26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Malaysia alu-alukan penerimaan semula Syria oleh Liga Arab

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Malaysia mengalu-alukan keputusan dicapai Liga Arab yang bersetuju menerima kembali Syria sekali gus menamatkan penggantungan selama 12 tahun.

Wisma Putra menerusi kenyataan berkata, keputusan tersebut merupakan satu langkah konstruktif dalam mewujudkan persekitaran kondusif ke arah meningkatkan kehidupan rakyat di Syria serta memperkukuh keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau Asia.

“Malaysia terus bersolidariti dengan rakyat Syria dan akan terus menyokong semua usaha ke arah mencari penyelesaian yang berkekalan dan aman bagi krisis Syria,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Penarikan balik penggantungan Syria dicapai pada Mesyuarat Luar Biasa Menteri Luar Liga Arab yang diadakan di Kaherah, Mesir pada Ahad lalu.

Keahlian Damsyik digantung Liga Arab pada November 2011 berikutan tindakan berdarah negara itu terhadap bantahan amal pada awal tahun berkenaan yang kemudiannya menjadi perang saudara yang dahsyat.

Baca juga:   41 orang terkorban dalam letupan lombong arang batu

Pertempuran itu telah mengorbankan lebih 500,000 orang, menyebabkan jutaan penduduk hilang tempat tinggal dan menjejaskan infrstruktur serta industri negara berkenaan.

Biarpun sebahagian besar keadaan menjadi reda, bahagian utara negara itu terus berada di luar kawalan pemerintah dan tiada sebarang penyelesaian politik dicapai bagi konflik yang berlarutan selama 12 tahun itu. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan