Tuesday, July 21, 2026

Malaysia kutuk serangan udara Israel di Damsyik – Anwar

Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Syria dan menyeru agar pencabulan ini dihentikan serta-merta.

Mesti Baca

MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara terbaharu oleh rejim Zionis Israel ke atas Damsyik yang bukan sahaja mencabuli kedaulatan Syria, malah mengorbankan nyawa orang awam yang tidak berdosa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan Israel itu merupakan satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa serta Perjanjian Pemisahan 1974 antara Israel dan Syria.

“Tindakan ini sekali lagi menunjukkan sikap tidak menghormati kedaulatan negara lain, dan menambah penderitaan rakyat Syria yang telah sekian lama menanggung derita akibat konflik berpanjangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, rakyat Syria telah menempuh kesengsaraan luar biasa sejak lebih sedekad lalu dan mereka berhak untuk menikmati keamanan, bukannya menjadi mangsa kekejaman dan campur tangan kuasa asing.

“Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Syria dan menyeru agar pencabulan ini dihentikan serta-merta.

“Komuniti antarabangsa juga perlu kembali menjunjung prinsip kemanusiaan dan kedaulatan undang-undang,” tegas Perdana Menteri.

Semalam, tentera Zionis Israel melancarkan serangan udara di beberapa lokasi penting di Damsyik, termasuk Kompleks Markas Umum Angkatan Tentera, Kementerian Pertahanan, dan kawasan berhampiran Istana Presiden, Qasr al‑Shaab:

Menurut Kementerian Kesihatan Syria, serangan itu meragut tiga nyawa dan mencederakan 34 orang awam serta anggota tentera. 

Agensi berita Xinhua pula melaporkan sekurang‑kurangnya seorang awam terbunuh dan 19 cedera, dengan kerosakan besar dilihat pada bangunan utama. 

Israel mendakwa serangan tersebut bagi melindungi melindungi komuniti Druze di Sweida), selatab Syrua susulan pertempuran antara kumpulan Druze dan tentera kerajaan Syria. — Edisi 9/Agensi

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan