25.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 9, 2024

Mahathir ultra-Melayu, jujur dalam perjuangannya – KJ

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar percaya Tun Dr. Mahathir Mohamad jujur dalam perjuangannya terhadap orang Melayu.

Menurut KJ, Mahathir sememangnya dikenali sebagai ‘ultra’ Melayu sejak sekian lama dengan menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai bapa nasionalis Melayu.

“Dari sudut lain, ia adalah prinsip sekurang-kurangnya kepada Mahathir, saya tahu dia memang percaya kepada ini. Sebab ini, beliau menulis Dilema Melayu, dia bapa nasionalis politik Melayu. Dia ultra.

“Bagi saya ini bukan luar biasa untuk Mahathir. Sebab selagi dia ada nyawa Mahathir akan memperjuangkan isu ini. 

“Untuk mengatakan bahawa Mahathir bersikap oportunis mungkin, tapi (bagi) saya ini adalah betul-betul sesuatu yang ikhlas,” katanya dalam program ‘Keluar Sekejap’ yang dihoskan bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

Advertisements

Beliau mengulas mengenai Proklamasi Orang Melayu’ yang diterajui oleh Mahathir dalam program selama sejam itu yang disiarkan di platform media sosial.

Proklamasi orang Melayu yang diasaskan oleh Mahathir mengandungi 12 perkara  sebagai usaha untuk memperjuang dan memikirkan masalah serta masa depan orang Melayu.

Edisi 9 sebelum ini melaporkan pertemuan Dr Mahathir selaku pengasas Proklamasi Orang Melayu dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersama beberapa pemimpin parti itu bagi menyokong dengan menandatangani proklamasi berkenaan.

Terdahulu, Bersatu melalui wakilnya diketuai Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama Ketua Penerangan, Datuk Razali Idris dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, hadir memberi sokongan pada Ramadan lalu ketika majlis berbuka puasa anjuran Sekretariat Proklamasi Orang Melayu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2024 tawar diskaun sehingga 50 peratus

KARNIVAL Cuti-cuti Malaysia 2024 (KCCM2024) yang bakal berlangsung pas 25 hingga 27 Oktober di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan