24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Perdana Menteri luang masa kunjungi Zahid di hospital

Mesti Baca

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa mengunjungi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini dirawat sebuah hospital di ibu negara hari ini.

Perkara itu dikongsi oleh Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menerusi instagramnya petang ini.

“Kunjungan hormat – YAB PM Ismail Sabri. Terima kasih atas kebaikan Tuan. Alhamdulillah,” katanya dalam keterangan gambar yang dikongsi beliau.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi Facebooknya turut berkongsi gambar kunjungan Naib Presiden UMNO itu ke atas Zahid.

“Seronok melihat hubungan kasih sayang dan kemesraan dua sahabat baik, bak air dicincang tidak sesekali terputus.

“Walau kini di puncak kuasa, tetap menghormati nakhodanya. Syabas YAB Datuk Seri Ismail Sabri. Moga Allah berikan kesembuhan sempurna buat Datuk Seri Presiden UMNO,” katanya.

Advertisements

Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Kesembilan selepas memperoleh 114 sokongan Ahli-ahli Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Bera itu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatannya ekoran hilang sokongan apabila 15 ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan terhadap Ahli Parlimen Pagoh yang juga Presiden Bersatu.

Bagaimanapun tindakan Zahid tidak dipersetujui oleh sebahagian besar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang berada dalam Kabinet Muhyiddin diketuai oleh Ismail Sabri selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Ketika Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua Ahli Parlimen menyerahkan surat akuan (SD) memilih seorang daripada mereka sebagai Perdana Menteri, Zahid dikatakan bercadang mengemukakan sekurang-kurang empat nama.

Bagaimanapun beliau akur dengan keputusan Majlis Tertinggi parti yang memutuskan untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri.

Pemimpin berusia 61 tahun itu akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu setelah beliau mendapat sokongan tidak berbelah bahagian daripada Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) diketuai Muhyiddin selain rakan-rakan GPS. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan