26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

140 mahasiswa, 11 persatuan UPSI sertai bengkel urus program

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seramai 140 peserta terdiri daripada mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan 11 persatuan telah menyertai Bengkel Pemantapan Pengurusan Program, semalam.

Pengarah Programnya, Danial Mustaqim berkata, bengkel berkenaan bertujuan untuk memberi bimbingan dan panduan kepada persatuan yang bakal menjalankan pelbagai program pada masa akan datang.

“Program yang bakal dilaksanakan itu adalah bagi memastikan graduan yang bakal dilahirkan UPSI menjadi seorang yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi.

“Pusat Alumni berharap agar program-program pada masa akan datang dapat dijalankan dengan lancar setelah Jawatankuasa Sahabat Alumni Mahasiswa (SAM) menghadiri bengkel-bengkel seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Bengkel yang dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Alumni dan SAM itu melibatkan dua sesi iaitu pada sesi pagi membabitkan pengenalan serta pendedahan tentang Pusat Alumni kepada SAM.

Sesi pagi diteruskan lagi dengan pendedahan dari unit-unit di bawah kelolaan Pusat Alumni seperti pendedahan tentang cara menggunakan aplikasi secara atas talian yang merupakan akses utama bagi abad ini.

Manakala, sesi petang pula dua tetamu khas iaitu wakil Seksyen Pembangunan Sahsiah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Nordiana Ramli dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar sidang 2020/2021, Mohd Izzat Shamsudin telah diundang bagi dua slot.

Slot pertama dimulakan dengan perkongsian berkaitan dengan tatacara pengendalian kertas kerja dan laporan, manakala, slot kedua diteruskan lagi dengan memberikan bimbingan mengenai cara menguruskan kewangan sesebuah badan pelajar.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pusat Alumni, Rasyidi Johan berharap agar penambahbaikkan dapat dilakukan sekiranya ada dalam kalangan Exco SAM yang boleh dicungkil bakat mereka dari segi khidmat komuniti.

“Sebagai contoh, sekurang-kurangnya mereka memperoleh pengalaman menjadi salah seorang jawatankuasa penerbitan dan informasi berpeluang mengetahui ilmu dalam membuat poster program dan e-tagging. Saranan Rasyidi disambut baik

Penasihat SAM, Mohd Raizol Ramli yang menyatakan Exco SAM berkenaan diwujudkan untuk memudahkan saluran kerjasama di antara mahasiswa dan juga kakitangan di Pusat Alumni serta masyarakat sekeliling.

“Selain itu, Exco SAM ini juga membantu urusan komunikasi dengan pihak luar di program yang akan datang.

“Dari seorang mahasiswa yang biasa akhirnya menjadi seorang graduan yang berjaya. Sebagai contoh, kita dapat melihat ikon yang menjadi kebanggaan warga Anak Kandung Suluh Budiman iaitu Datuk Seri Abdul Jabbar Ibrahim yang merupakan seorang mantan pemimpin yang berkaliber dan berpengaruh suatu ketika dahulu.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan