29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Majoriti ketua AMK Selangor hilang kepercayaan terhadap Akmal

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Sebahagian besar ketua-ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Selangor telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Sehubungan itu, mereka mendesak agar Kongres Luar Biasa AMK diadakan bagi memilih semula Ketua AMK yang baharu.

“Kami mewakili majoriti ketua-ketua AMK cabang dalam Selangor dengan ini menolak pelantikan Ketua AMK Selangor yang baharu dan secara sebulat suara memutuskan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Akmal Nasrullah Mohd Nasir selaku Ketua AMK Malaysia,” kata mereka dalam kenyataan bersama, hari ini.

Kenyataan bersama tersebut ditandatangani oleh Ketua AMK Kuala Langat, Mohd Shah Rezza Mohd Tuniman; Ketua AMK Puchong, Mohd Fitri Jamaludin; Ketua AMK Damansara, Muhammad Dzul Hilmi Zainol; Ketua AMK Hulu Langat, Muhammad Hanafi Jalalludin dan Ketua AMK Bangi, Saiful Azlan Zainal.

Turut menandatangani kenyataan berkenaan ialah Ketua AMK Hulu Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad; Ketua AMK Tanjong Karang, Mohd Helmi Sanusi; Ketua AMK Kota Raja, Jestin Raj Savarimuthu; Ketua AMK Klang, Ahmad Faiz Mustapa Kamal; Ketua AMK Petaling Jaya, Shahrulnizam Abdul Rahim; Ketua AMK Kapar, Megat Shariffudin Shaharuddin; Ketua AMK Gombak, Arie Yudistira Ishaq Arifin Fadli dan Ketua AMK Ampang, Awalluddin Shariff.

Kenyataan tersebut merujuk kepada kenyataan media oleh Setiausaha AMK Malaysia, Syukri Razab pada 30 Jun lalu berkaitan pertemuan secara maya bagi membincangkan pemilihan Ketua AMK Selangor yang baharu.

Advertisements

“Perlu dijelaskan bahawa kenyataan Setiausaha AMK Malaysia berhubung jumlah kehadiran ketua-ketua AMK Cabang seramai 18 orang adalah tidak benar dan bersifat mengelirukan.

“Untuk makluman, jumlah ketua-ketua AMK Cabang dalam Selangor yang menyertai pertemuan secara maya pada 29 Jun 2021 adalah seramai 15 orang sahaja iaitu dari cabang Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak, Bangi, Tanjong Karang, Kapar, Hulu Selangor, Kota Raja, Petaling Jaya, Selayang, Sabak Bernam, Shah Alam, Pandan, Sungai Buloh dan Sepang.

“Sebanyak enam ketua AMK cabang tidak menyertai pertemuan secara maya tersebut iaitu cabang Puchong, Klang, Damansara, Kuala Selangor, Ampang dan Subang. Untuk rekod, Ketua AMK Cabang Sungai Besar pula telah melepaskan jawatan beberapa minggu yang lalu,” jelas mereka.

Mereka menambah, menerusi perbincangan bersama Ketua AMK Malaysia dalam pertemuan secara maya tersebut, hanya Ketua AMK dari cabang Shah Alam, Sabak Bernam dan Sepang yang tidak membantah pencalonan Chua Wei Kiat sebagai Ketua AMK Selangor yang baharu.

“Secara kolektif, semua ketua AMK cabang mencadangkan kepada Ketua AMK Malaysia agar Ketua AMK negeri yang baharu dipilih dari kalangan mereka yang memiliki sokongan majoriti,” kata mereka. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan