29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

PKPD: 14 lokaliti di KL, 34 mukim di Selangor mulai Sabtu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lapan daerah dalam Selangor yang membabitkan 34 buah mukim berkuat kuasa 3 Julai hingga 16 Julai.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 14 lokaliti di Kuala Lumpur turut dikenakan PKPD.

‘’Kedua-dua negeri ini menunjukkan trend jangkitan yang tinggi, Selangor melaporkan purata kes harian Covid-19 antara 1,800 ke 1,900, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur purata kes harian adalah dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes,’’ katanya dalam kenyataan.

Antara mukim yang dikenakan PKPD di Selangor ialah Petaling, Damansara, Sungai Buloh dan Bukit Raja di daerah Petaling manakala di daerah Hulu Langat mukim terlibat ialah Hulu Langat, Ampang, Cheras, Kajang, Semenyih dan Beranang.

Bagi daerah Sepang mukim yang dikenakan PKPD ialah Dengkil, Labu dan Sepang manakala di daerah Gombak mukim terlibat ialah Batu, Rawang, Setapak, Hulu Kelang dan Kuang. Di Kuala Langat mukim Tanjung 12 (1), Tanjung 12 (2), Teluk Panglima Garang, Morib, Bandar, Jugra dan Batu turut diletakkan di bawah PKPD.

Di Daerah Klang, mukim terlibat Kapar dan Klang manakala mukim Ijok, Bestari Jaya dan Jeram di daerah Kuala Lumpur turut dikenakan perintah yang sama, selain Serendah, Rasa, Ulu Yam dan Batang kali di daerah Hulu Selangor.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara 14 lokaliti yang dikenakan PKPD ialah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, PPR Batu Muda, Flat Seksyen 2 Wangsa Maju dan Flat Seksyen 1 Wangsa Maju.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan PKPD, semua laluan kawasan berkenaan akan ditutup dan dikawal oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

‘’Semua penduduk di dalam kawasan PKPD tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing kecuali seorang sahaja wakil isi rumah keluar untuk membeli keperluan asas di kawasan PKPD di dalam radius 10 kilometer dari kediaman.

‘’KKM akan melaksanakan ujian saringan secara bersasar ke atas semua penduduk di kawasan-kawasan yang terlibat,’’ katanya.

Selain itu kata beliau, hanya kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih, gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan dan topeng muka dibenarkan beroperasi.

‘’Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKDP,’’ katanya.

Sementara itu, PKPD turut dikenakan di enam lokaliti di Sabah, dua di Perak, masing-masing satu di Pahang dan Melaka.

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan