24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Jemaah umrah pertama tiba di Masjidil Haram

Mesti Baca

MEKAH – Kumpulan jemaah umrah yang pertama selepas musim haji tahun ini tiba di Masjidil Haram hari ini.

Saudi Gazette melaporkan, kesemua jemaah terbabit mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Kemasukan mereka ke dalam Masjidil Haram melalui pintu khas dikawal selia oleh Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci dengan kerjasama pihak berkuasa Arab Saudi yang berkaitan.

Langkah itu bagi memastikan pematuhan SOP dalam kalangan jemaah berkenaan, termasuk dari segi penjarakan fizikal.

Pematuhan SOP sepenuhnya dikuatkuasakan agar para jemaah dapat melaksanakan ibadah umrah dengan mudah dan tenang.

Terdahulu, hanya 60,000 jemaah yang berada di Arab Saudi dibenarkan menunaikan ibadah haji tahun ini berikutan pandemik COVID-19 yang belum reda.

Jemaah haji dikehendaki mematuhi peraturan ketat meliputi pemakaian pelitup muka dan amalan penjarakan fizikal bagi mengekang risiko penularan COVID-19.

Malah, batu yang digunakan untuk melontar jamrah juga perlu disanitasi terlebih dahulu.

Advertisements

Jemaah haji melontar jamrah pada petang 22 Julai lalu dengan dengan mematuhi SOP COVID-19.

Masing-masing melontar tujuh kerikil, pertama di Jamrat Al-Sugra, kemudian di Jamrat Al-Wusta, dan akhirnya di Jamrat Al-Aqaba, seperti yang dilakukan Nabi Ibrahim a.s. merejam syaitan di tiga tempat, dikatakan syaitan muncul berusaha menghalangnya daripada mematuhi perintah Allah SWT untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail a.s.

Anggota pasukan keselamatan dan anggota pertahanan awam serta pekerja kesihatan dilihat di kebanyakan tempat di kompleks Jamrat, untuk mengawasi kelancaran melontar jamrah.

Pergerakan jemaah ke Kompleks Jamrat dirancang berdasarkan protokol pencegahan, setiap fasa melempar jamrah dilakukan dengan selamat, mengikuti arah perjalanan mengikut warna tertentu.

Langkah itu ilakukan di bawah seliaan sektor keselamatan dan awam yang terbabit dalam operasi haji.

Bilangan jemaah tahun ini turut dikurangkan, dengan hanya penduduk yang sudah menerima suntikan imunisasi lengkap boleh memohon dan diberi kebenaran untuk menunaikan haji.

Kerajaan Arab Saudi berusaha mengulangi kejayaan seperti tahun lalu yang mana tiada sebarang penularan COVID-19 direkodkan sepanjang tempoh lima hari ibadah itu berlangsung.

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan