24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tohmah agensi kerajaan senjata politik hina sistem perundangan

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Saudara Pengarang,

Semalam, Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH) mengeluarkan kenyataan kononnya kesal dengan agensi-agensi kerajaan terus diperalat sebagai senjata politik untuk menekan Ahli-Ahli Parlimen yang menjadi musuh atau enggan menyokong kerajaan.

Sebenarnya, perkara paling asas adalah sesiapapun yang sedang menghadapi pertuduhan rasuah harus mempertahankan diri di mahkamah dan bukan membuat tohmahan seperti menuduh agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai agenda politik. 

Lagi pun, sebelum ini, banyak kali ditegaskan oleh pelbagai pihak bahawa mereka yakin SPRM tidak ada agenda politik dalam menyiasat kes-kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan pemimpin atau tokoh tertentu. 

Telah ada banyak bukti yang menunjukkan tokoh-tokoh politik disiasat semasa dalam tempoh parti mereka memerintah, jadi faktanya adalah mereka disiasat kerana mempunyai bukti dan asas yang kukuh.

Tetapi, ahli-ahli politik tidak juga percaya malah terus melaungkan perkara sama, lebih-lebih lagi yang didakwa itu berada dalam kumpulan mereka.

Namun begitu, apa yang kita perlu tahu, ‘selective prosecution’ ialah berdasarkan bukti dan fakta kesalahan dan bukan kerana parti seseorang atau faktor-faktor yang tiada kaitan dengan kesalahan itu.

Advertisements

Selain itu, MPPH juga menuduh siasatan terhadap bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkaitan kes terowong adalah siasatan terburu-buru sebaik kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada akhir Februari 2020.

Tetapi hakikatnya ia tidak benar disebabkan siasatan ini mengambil masa tempoh tiga tahun bermula 2017 dan dituduh di mahkamah pada tahun lalu.

Seharusnya, ahli politik termasuk yang membuat dasar negara faham sistem perundangan ini dan bukannya senang-senang membuat tohmahan berkaitan kes-kes di mahkamah ini. Perbuatan ini adalah trend yang merosakkan sistem perundangan negara.

Sistem perundangan negara tidak seharusnya diperlekehkan seperti ini. Kita mempunyai  sistem yang mana, pertamanya adalah pendakwa mesti buktikan segala pertuduhan itu berasas dulu dan barulah dijawab oleh tertuduh.

Jadi biarlah segalanya dilakukan di mahkamah bukan di luar mahkamah atau dalam media sosial kerana ia akan merosakkan sistem ini pada masa akan datang.

ROSLAN ABU BAKAR
Ipoh, Perak

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan