24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

5 nelayan Vietnam lari lokap berjaya dicekup semula

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

MIRI – Lima nelayan warga Vietnam tahanan lokap Zon Maritim Miri (ZMM) yang meloloskan diri dari lokap pada pada 15 Julai lalu berjaya diberkas semula kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Md Fauzi Othman berkata, lima tahanan warga Vietnam terbabit telah lari melalui tingkap tandas lokap yang dirosakkan.

Menurut beliau, mereka ditangkap semula pada pukul 11 malam kelmarin, di sekitar kawasan semak berhampiran muara Sungai Miri.

“Lima tahanan tersebut adalah antara 13 nelayan asing Vietnam yang ditahan pada 28 Jun lalu atas kesalahan menceroboh perairan, menangkap ikan tanpa permit serta tiada pengenalan diri yang sah.

“Berikutan itu, ZMM melancarkan operasi kejar buru melalui risikan maklumat, carian darat dan juga sekatan sungai di kawasan muara Sungai Miri bagi mengesan dan memberkas serta mengelakkan tahanan melarikan diri melalui jalan laut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Md Fauzi menambah, lokasi persembunyian suspek dikesan berikutan pergerakan sebuah kenderaan mencurigakan memasuki kawasan loji kumbahan berhampiran muara Sungai Miri serta meletakkan bungkusan yang disyaki makanan dan terus keluar meninggalkan lokasi.

Beliau memberitahu, tidak lama selepas itu, muncul lima individu dari arah pantai menyelinap masuk ke semak berhampiran pantai tersebut.

Katanya lagi, intipan mendapati bungkusan yang disyaki makanan tersebut telah hilang dan dipercayai telah diambil oleh suspek.

“Berikutan itu, pihak penguat kuasa telah mengepung kawasan tersebut dan menyerbu suspek.

Advertisements

“Hampir 45 minit kejar buru, kesemua suspek berjaya diberkas semula setelah salah seorang daripada mereka menyerah diri, dipercayai sudah keletihan dan kelaparan.

“Susulan penangkapan itu, pihak ZMM berjaya merampas satu telefon bimbit jenama Oppo daripada salah seorang suspek yang dipercayai digunakan untuk menghubungi dalang yang memberikan bantuan makanan kepada mereka,” jelasnya.

Md Fauzi berkata, kesemua suspek yang diberkas telah dibawa ke Balai Polis Batu Niah untuk diserahkan kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.

Menurut beliau, dalang yang dipercayai telah bersubahat dan memberi bantuan makanan kepada suspek kini sedang diburu oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

“Kejayaan operasi memburu suspek tersebut turut melibatkan kerjasama dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri serta hasil dari maklumat komuniti setempat.

“Zon Maritim Miri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari dan semua yang terlibat atas kerjasama dan bantuan yang diberikan.

“Tindakan segelintir masyarakat setempat yang sanggup bersekongkol dengan suspek serta menjadi tali barut jenayah adalah sesuatu yang tidak wajar dan seolah-olah tiada jati diri,” katanya.

Untuk sebarang aduan serta maklumat berkenaan dengan sebarang aktiviti yang mencurigakan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-418204 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan