31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pelajar UiTM raih tempat pertama peperiksaan perakaunan dunia

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kejayaan seorang pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) meraih pencapaian tertinggi peringkat dunia dalam peperiksaan program perakaunan profesional baru-baru ini mengharumkan nama negara.

Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi, 21, menerima anugerah untuk dua kertas peperiksaan iaitu ‘Financial Management’ (FM) dengan pencapaian tempat pertama di Malaysia dan dunia.

Selain itu, bagi ‘Strategic Business Reporting’ (SBR), beliau beroleh tempat pertama di Malaysia dan tempat kedua di dunia.

Fakulti Perakaunan UiTM dalam kenyataan media hari ini berkata, Hannah Mumtazah masih mempunyai tiga kertas peperiksaan sebelum menamatkan pengajian dan mendapat kelayakan The Association of Charted Certified Accounts (ACCA).

Jelas fakulti berkenaan, ini bukan kali pertama pelajar UiTM melakar kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Walaupun berdepan cabaran pandemik COVID-19, Fakulti Perakaunan UiTM sentiasa komited dalam berusaha meningkatkan bilangan akauntan bertauliah di negara ini.

“Pihak fakulti serta UiTM berbangga dengan pencapaian pelajar di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat pelajar lain untuk terus cemerlang,” kata Fakulti Perakaunan UiTM.

Hannah Mumtazah yang bercita-cita menjadi akauntan bertauliah sebelum ini mengikuti program Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) sebelum menyambung pengajian di UiTM.

JPPro adalah program profesional yang ditubuhkan hasil kerjasama di antara Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM), UiTM dan ACCA Malaysia.

Melalui program tersebut, pelajar boleh terus mengikuti program ACCA tanpa perlu mengikuti program Certified Accounting Technician (CAT).

Hannah Mumtazah berkata, berkat sokongan padu semua pihak, disiplin dan kekuatan mental sepanjang belajar dalam talian mendorongnya untuk mencapai kejayaan itu.

“Pengurusan masa yang baik perlu dalam memastikan supaya sesi ulang kaji dapat diatur tanpa mengorbankan waktu untuk diri dan keluarga.

“Antara kunci kejayaan, konsistensi sepanjang semester serta berbincang bersama pensyarah dan rakan kuliah,” ujarnya. – EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan