25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Pulau Pangkor masuk Fasa 2 Pelan Pemulihan Pelancongan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

Menjadi destinasi kedua perintis program Destinasi Bebas COVID-19

CYBERJAYA – Selepas Pulau Langkawi, kini Pulau Pangkor di Perak pula diletakkan di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Pelancongan (TRP) dalam usaha mewujudkan Destinasi Bebas COVID-19 di negara ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, menerusi pelan tersebut, program vaksinasi akan dipergiatkan bagi menjayakan matlamat tersebut.

Beliau berkata, Pulau Pangkor antara pulau-pulau peranginan di negara ini yang dipilih sebagai sebahagian daripada projek rintis Destinasi Bebas COVID-19 di bawah TRP.

“Hari ini, saya ke berpeluang ke sini dan bagi fasa kedua TRP ini menggariskan tumpuan kepada usaha memperluaskan Destinasi Bebas COVID-19 dalam Pelan TRP ke pulau-pulau peranginan yang menjadi tumpuan utama pelancong seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Tioman, Pulau Pangkor dan juga pulau-pulau yang lain,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Nancy berkata, elemen promosi menjadi fokus dalam menjayakan Destinasi Bebas COVID-19 di Pulau Pangkor dengan mempergiatkan kempen promosi ‘Rindu Melancong, Jom Vaksin Dulu’.

“Turut diberi tumpuan dalam program ini ialah khidmat sukarelawan dan bantuan kemudahan fasiliti sedia ada di bawah seliaan MOTAC.

“Ia sebagai usaha mempercepatkan proses pemberian vaksinasi yang dijalankan secara outreach kepada penduduk setempat di pulau berkenaan memandangkan sebahagian besar daripada mereka berada dalam sektor pelancongan,” katanya.

Nancy berkata, fasa pertama TRP telah dimulakan pada 17 Julai lalu dengan menjadikan Pulau Langkawi projek perintis Destinasi Bebas COVID-19 dalam TRP.

Katanya, ia bagi merealisasikan sasaran 80 peratus populasi penduduk pulau tersebut divaksinasikan sebelum diperluaskan ke destinasi-destinasi pelancongan lain seperti di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Melaka dan Sabah secara berperingkat sebagai green travel bubble.

“Terima kasih Exco Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Pelancongan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi, yang turut sama memberi sokongan menerusi usaha sama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan ini,” katanya.

Terdahulu, kerajaan disaran menyenaraikan beberapa lagi pulau peranginan selain Langkawi sebagai projek perintis Destinasi Bebas Covid-19 dalam Pelan Pemulihan Pelancongan (TRP) yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Dalam laporan media turut memaklumkan cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir agar pulau lain turut dimasukkan dalam program itu seperti Pulau Pangkor, Tioman dan Labuan. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan