29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 20, 2021

Membukukan pengalaman dan sejarah berharga

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

Sedar tidak sedar, artikel ini adalah penulisan yang ke-50 saya dalam kolum Randau.

Menjadi kolumnis bukanlah mudah kerana kita perlu mendisiplinkan diri untuk menepati masa bagi menyediakan bahan penulisan mingguan tanpa gagal. 

Inilah cabaran sebagai kolumnis yang pada masa sama penulis mempunyai komitmen lain yang sentiasa menjadikan penulis amat sibuk.

Demi mempelbagaikan kaedah penyampaian dan tradisi pembacaan, penulis sedang menyusun semua artikel Randau untuk dibukukan sebagai bahan bacaan umum.

Idea ini sebenarnya dicetuskan oleh beberapa pihak sejak awal kewujudan Randau. Kebanyakan mereka adalah bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang mengenali dan pernah bersama penulis menjayakan dasar kerajaan.

Bagi mereka, pandangan dari perspektif penulis adalah cetusan pendapat yang bersifat terus terang sebagai golongan sasar (stake holder) yang sepatutnya menjadi penilai kepada perancangan, pelaksanaan dan keberhasilan sesuatu program kerajaan.

Ini ditambah pula dengan sifat konsisten penulis menjayakan sesuatu misi yang dapat dilihat hingga kini, walaupun sesetengah penjawat awam berkenaan sudah bersara.

Namun begitu, cara penceritaan penulis yang bersifat pro dan kontra, mungkin tidak digemari sesetengah pihak juga kerana dilihat tidak mengampu dan membodek sepenuhnya. 

Bagi penulis, itu adalah perkara biasa kerana adakalanya kita perlu meraikan perbezaan dengan fikiran terbuka.

Apa yang penting ialah hasrat penulis untuk menjadikan kisah pengalaman ini menjadi rujukan dan teladan kepada semua pihak samada dalam sistem politik, pentadbiran, ekonomi dan pembangunan sosial.

Pada pandangan penulis, kekalutan negara hari ini yang nampak tenang tetapi berkocak bak gunung berapi yang mahu meledakkan lavanya adalah juga berpunca daripada kegagalan kita mempelajari pengalaman sejarah silam. Selain itu, kita juga gagal merancang dan meramalkan masa depan dengan baik.

Baca juga:   PPV Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan mula operasi
Nor Hisyam Karno, Ketua Penolong Pegawai Daerah,Pejabat Daerah dan Tanah Kampung Gajah bersama penulis dan penyarah-pensyarah universiti Malaya membincangkan gerak kerja kajian buku Pulau Tiga.

Pengalaman penulis sebagai aktivis perniagaan sosial membolehkan penulis bergelumang dengan perniagaan, golongan politik, pegawai kerajaan, golongan istana hinggalah masyarakat biasa. 

Baca juga:   PPV Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan mula operasi

Suka-duka, jatuh bangun, kegagalan dan kejayaan setiap sesuatu yang dilakukan dalam hidup bersama semua golongan ini membolehkan catatan tersebut dijadikan sebagai pedoman.

Sesuatu kejayaan perlu melalui jalan berliku, pengorbanan besar (jiwa raga, harta benda dan wang ringgit) serta kesabaran  tinggi (passion).

InshaAllah, kompilasi artikel Randau ini akan siap dibukukan tidak lama lagi dengan tajuk “ 50 Artikel Randau: Kejayaan, Keresahan dan Harapan”.

Sebuah lagi buku yang sedang dihasilkan penulis ialah berkaitan warisan bangsa iaitu Pulau Tiga Khazanah Melayu Perak yang diterbitkan bersama Universiti Malaya dan IGROW.

Hasrat penerbitannya adalah hasil daripada program Jalinan Masyarakat mahasiswa Universiti Malaya pada tahun 2019.

Penulis telah mencadangkan agar pihak universiti menukar gaya pengendalian program kemasyarakatan mahasiswa supaya mempunyai impak yang sesuai dengan keperluan masyarakat masa kini.

Antara lain penulis menyarankan agar buku berkaitan Pulau Tiga di Kampung Gajah, Perak (kampung yang menjadi pusat aktiviti mahasiswa UM pada tahun 2019) dihasilkan oleh pihak universiti sebagai buah tangan berharga yang akan kekal sepanjang zaman.

Alhamdulillah, proses penerbitan buku berkenaan berjaya juga digerakkan walaupun terpaksa berhadapan dengan cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Covid-19  yang menyukarkan kerja penyelidikan pensyarah-pensyarah dan pihak penulis sendiri.

Baca juga:   Hostel Centennial Kg Acheh bawah PKPD mulai 25 Feb

Buku berteraskan khazanah warisan Melayu ini membongkar kegemilangan Pulau Tiga sebagai antara pusat pentadbiran kerajaan Melayu awal di negeri Perak dan usaha konservasi khazanah warisan yang perlu dikekalkan sebagai sumber pembangunan masyarakat menuju masa depan.

Bagi penulis, generasi baru perlu diceritakan dengan sejarah kegemilangan silam supaya menjadi inspirasi memajukan negara pada masa depan. 

Walaupun zaman sudah berubah dan memerlukan pendekatan baru untuk mengolah kehidupan tetapi khazanah warisan itu perlu bersifat ‘tahan diuji zaman’.

Cuma dalam buku ini, penulis memaparkan peranan penulis dengan cara yang berbeza bersama kumpulan penyelidik sepenuhnya.

Baca juga:   Jurujual mabuk mengaku tidak bersalah akibatkan kematian

Penulis amat berharap agar dikurniakan rezeki oleh Allah SWT agar kedua-dua buku yang sudah di peringkat akhir penerbitannya akan menjadi kenyataan dalam tempoh dua bulan mendatang.

Jika berjaya diterbitkan, kedua-dua buku ini adalah hasil penerbitan buku penulis yang keempat dan kelima sejak tahun 1997.

Selepas menceritakan pengalaman menjayakan pelbagai misi kerajaan khususnya pembangunan ekonomi dan sosial kepada sekumpulan pegawai kerajaan baru-baru ini, penulis gembira apabila mendapat mesej whats app daripada mereka yang merakamkan rasa gembira mendengar pengalaman luas penulis yang amat berharga kepada mereka sebagai penjawat awam.

Mungkin suatu hari nanti, mereka ini adalah Ketua Setiausaha Negara, Setiausaha Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan yang akan memimpin jentera kerajaan untuk memberikan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat.

  • Penulis adalah Pengerusi Eksekutif Institut Agro Usahawan (IGROW) dan Aktivis Ekonomi Sosial. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Terkini

Mengisi semangat patriotisme selepas 16 September

Oleh MOHD ZAINI OTHMAN MERIAH di corong radio memainkan lagu Tanggal 31 Ogos dendangan Allahyarhan Sudirman Hj Arshad serta lagu-lagu...

Lagi Artikel Berkaitan