31.1 C
Kuala Lumpur
Monday, October 3, 2022

Annuar tegur media, lapor beliau positif COVID-19

Mesti Baca

CYBERJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menegur sebuah agensi media kerana membuat laporan tidak tepat berhubung kesihatannya menjelang Sidang Khas Parlimen, esok.

Ini berikutan tindakan media berkenaan yang membuat laporan 35 Ahli Parlimen dan pegawai, termasuk Annuar yang dikatakan positif COVID-19 ketika ujian calitan pada Khamis dan Jumaat.

“Terima kasih Utusan yang segera memperbetulkan laporannya, yang telah banyak dipetik portal berita lain dan sosial media.

“Adalah lebih baik jika kita lebih berhati-hati dalam membuat laporan kerana tersalah lapor boleh membawa salah faham dalam masyarakat.

“Insya-Allah, saya hadir di Parlimen esok,” katanya menerusi ciapan di twitter hari ini.

Media tersebut melaporkan, selain Annuar, turut didapati positif COVID-19 ialah Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

Baca juga:   Jumlah kes positif global hampir 424 juta, korban 5.88 juta

Manakala Timbalan Speaker, Datuk Abdul Rashid Hasnon pula dilapor mempunyai kontak rapat dengan pengawal peribadinya yang positif COVID-19 dan perlu menjalani kuarantin.

Bagaimanapun, Nik Abduh serta Rashid telah menafikan laporan media tersebut malam tadi dan mengesahkan mereka dalam keadaan sihat.

Sementara Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO belum memberikan maklum balas, namun beberapa pegawainya menafikan laporan tersebut.

Malam tadi, ketika media tersebut mengeluarkan laporannnya, Annuar memaklumkan beliau sedang berehat di rumah sambil menonton perlawanan bola sepak Liga Super antara Kuala Lumpur City dengan Selangor FC.

Baca juga:   Lebih 1,000 kes, tunggu apa lagi MB Negeri Sembilan?

“Islam mengajar kita supaya menyemak dahulu setiap berita yang kita terima. Banyakkan bersabar jika difitnah. Jangan mudah berputus asa dalam melakukan kebaikan dan kebajikan,” kata Annuar.

Sebelum ini, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, sebanyak 95 peratus Ahli Parlimen sudah mendapat dua dos vaksinasi COVID-19.

Manakala 35 Ahli Parlimen lagi sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin sebelum Sidang Khas Parlimen bermula esok. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Nelayan jatuh sampan dijumpai maut di Pulau Jerejak

SEORANG nelayan yang dipercayai terjatuh dari sampan ketika menangkap ikan di perairan Jelutong, Pulau Pinang pada petang Sabtu lalu...

Lagi Artikel Berkaitan