29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

5.3 juta individu lengkap terima suntikan dos kedua

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Individu yang sudah melengkapkan dos kedua vaksin COVID-19 terus meningkat, dengan seramai 5.3 juta orang telah menerimanya sekaligus melengkapkan penerimaan suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.

Kelmarin sahaja, seramai 5.2 juta individu telah menerima dos kedua vaksin COVID-19 seperti mana dilaporkan. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, seramai 11,507,070 orang individu telah menerima dos pertama, manakala 5,397,826 individu telah menerima dos kedua.

“Ia turut melibatkan pecahan peratusan dewasa yang menerima dos pertama dengan peratus 49.2 manakala, dos kedua (23.1 peratus).

“Dengan pemberian kedua-dua dos berkenaan, menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 dos pertama dan kedua di negara setakat 24 Julai 2021 adalah sebanyak 16,904,896 dos,”katanya menerusi perkongsian di Twitter beliau di sini.

Advertisements

Jelasnya, semalam sahaja, jumlah pemberian vaksin harian COVID-19 kepada penerima adalah sebanyak 417,738 dos.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 284,672 individu menerima dos pertama manakala 133,066 individu menerima dos kedua,”katanya.

Berdasarkan data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), liputan jumlah kumulatif pemberian vaksin COVID-19 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terus meningkat dengan sejumlah 4,711, 715 dos pertama, manakala 1,597, 181 dos kedua.

Sementara itu, lima negeri mencatatkan penerima dua dos pertama tertinggi iaitu Selangor ( 84, 113,081 dos) diikuti Kuala Lumpur (72,123 dos), Sarawak (45,111 dos) ,Johor ( 30,955 dos) dan Sabah (28,964 dos), – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan