31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Jeti runtuh: Pasangan suami isteri terperangkap diselamatkan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEPASANG suami isteri berhadapan detik-detik cemas apabila terperangkap di hujung jeti dalam kejadian jeti runtuh di Teluk Ketapang, Pulau Pangkor, Perak.

Kejadian berkenaan dikongsikan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Pangkor menerusi Facebook rasminya, semalam.

Bagaimanapun, masa kejadian tidak dimaklumkan.

Difahamkan, pasangan tersebut terperangkap ketika hendak memancing sebelum jeti itu tiba-tiba runtuh.

Petugas Bilik Kawalan, menerima aduan dari orang awam mengatakan terdapat Pasangan suami terperangkap di hujung jeti.

“Sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati Pasangan suami isteri terperangkap di hujung jeti apabila hendak memancing.

“Ketika itu air laut surut. Kemudian anggota melancarkan operasi menyelamat Pasangan suami isteri menggunakan tangga sebelum air laut pasang,” katanya.

Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi warganet yang bersyukur dengan tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan pasangan tersebut dalam tempoh masa segera.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan