25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

UPSI sasar alumni sumbang RM1 juta tingkat fasiliti FSSK

Mesti Baca

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta daripada alumni program Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan bagi meningkatkan kemudahan di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK).

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, sumbangan secara potongan gaji itu diharap dapat membantu melengkapkan pembangunan fasiliti di fakulti berkenaan.

“Saya juga berharap semua alumni tidak lupa diri apabila memiliki jawatan besar sebaliknya kembali menyumbang kepada universiti sebagai tanda ingatan dan kasihkan Ibu Kandung Suluh Budiman,” katanya.

UPSI
Md Amin Md Taff (atas, kiri) menyampaikan ceramah secara dalam talian. – Gambar: UPSI

Beliau melontarkan cadangan itu ketika menyampaikan ceramah ‘Anak Kandung Terbang Tinggi’ (Menelusuri 20 Tahun Alumni Anak Kandung Suluh Budiman) secara maya, hari ini.

Advertisements

Program itu dianjurkan oleh FSSK dengan kerjasama Alumni Program Sains Sukan dan Kejurulatihan serta Pusat Alumni UPSI.

Yang turut hadir, Dekan FSSK, Prof Madya Dr Abdul Rahim Mohd Shariff dan penyelaras program merangkap Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dr Siti Hartini Azmi.

Majlis yang diadakan secara dalam talian itu disertai oleh 275 alumni dan kakitangan FSSK yang membicarakan perjalanan akademik, sebagai aktivis sukan dan kejayaan memegang jawatan tertinggi UPSI selain menyampaikan harapan kepada alumni untuk kembali menyumbang kepada Ibu Kandung Suluh Budiman sebagai tanda mengenang budi.

Md Amin yang menjawat jawatan Naib Canselor Jun lalu ialah pelajar kohort pertama program Sains Sukan apabila UPSI ditubuhkan pada 1997. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan