29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 20, 2021

PKPD 9 lokaliti seluruh negara mulai 26 Julai

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di sembilan lokaliti di seluruh negara mulai 26 Julai hingga 8 Ogos ini.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan media, hari ini.

PKPD melibatkan Medan Klebang Restu (Mukim Chemor) dan Bandar Pulai Jaya (Mukim Sg. Raia) di daerah Kinta, Perak; Blok 5 FELDA Keratong 7, Muadzam Shah, Rompin, Pahang; Asrama Pekerja dan Tapak Bina Hospital Pendang, Pendang, Kedah serta Kampung Lajau dan Kampung Kota Klias di daerah Beaufort, Sabah.

Lokaliti-lokaliti lain di Sabah adalah Perumahan Ladang Kim Loong di Beluran; Kampung Tungkang di Kudat dan Kampung Telisai, Tungku di Lahad Datu.

Beliau yang juga Menteri Kanan Pertahanan turut mengumumkan penamatan PKPD esok di beberapa lokaliti di Sabah iaitu Ql Farm Membalua, Tawau; Kampung Pikat, Bongawan, Papar; Penjara Kepayan, Kota Kinabalu; Kampung Jawi-Jawi, Kota Belud serta Kampung Suang Parai, Taman Kingfisher Sulaman dan Bandaran Berjaya di Kota Kinabalu.

Baca juga:   Hati-hati aplikasi 'Banci Penduduk 2020' dalam Google Play Store

Ismail Sabri menambah, semalam Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 80,868 pemeriksaan COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,168 orang.

“Ia termasuk pemeriksaan ke atas 1,905 buah kilang, 14,249 premis perniagaan, 742 tapak pembinaan dan 270 buah asrama penempatan pekerja.

“Hasil daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 49 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” jelasnya.

Baca juga:   Maritim Malaysia tahan kapal tunda tiada kebenaran bersauh

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 80,868 pemeriksaan semalam.

Ismail Sabri memberitahu, ia melibatkan 4,234 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 19,168 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Semalam, 337 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 332 individu dikompaun dan lima direman,” katanya.

Beliau menambah, pasukan keselamatan berjaya menangkap lima pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas tujuh kenderaan darat dalam Op Benteng semalam. – EDISI 9

Baca juga:   Tak kemas kini MySejahtera bukan satu kesalahan - Ismail Sabri

Terkini

Mengisi semangat patriotisme selepas 16 September

Oleh MOHD ZAINI OTHMAN MERIAH di corong radio memainkan lagu Tanggal 31 Ogos dendangan Allahyarhan Sudirman Hj Arshad serta lagu-lagu...

Lagi Artikel Berkaitan