27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ramai mangsa Macau scam berumur 51 tahun ke atas

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Golongan berumur 51 tahun ke atas didapati cenderung menjadi mangsa penipuan sindiket Macau scam di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, perkara itu berlaku ekoran kurang pendedahan terhadap maklumat serta perkembangan semasa kes-kes penipuan.

Menurut beliau, kemungkinan mereka untuk menjadi mangsa penipuan adalah lebih tinggi berikutan kedudukan ekonomi golongan berkenaan yang lazimnya mempunyai aliran kewangan yang stabil dan memiliki wang simpanan untuk kegunaan hari tua.

“Amat menyedihkan apabila wang yang sepatutnya menjadi kegunaan dalam menempuh hari persaraan hilang akibat menjadi mangsa penipuan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan, daripada 5,535 mangsa Macau scam yang terlibat sepanjang 2019 hingga Jun 2021, sebahagian besar iaitu seramai 1,621 orang atau 29.3 peratus berumur 51 tahun ke atas.

Selain itu, sebanyak 17.8 peratus mangsa berumur antara 41 hingga 50 tahun, 25.3 peratus berumur antara 31 hingga 40 tahun, 26.2 peratus berumur antara 21 hingga 30 tahun dan 1.5 peratus berumur di bawah 20 tahun.

Sehubungan itu, Mohd Kamaruddin memberitahu, ahli-ahli keluarga perlu berkomunikasi untuk menyalurkan maklumat serta perkembangan modus operandi penipuan sedemikian.

Advertisements

Beliau menambah, ahli keluarga khususnya anak-anak yang mempunyai pendedahan langsung dengan maklumat dalam media sosial disarankan untuk memberi maklumat kepada ibu bapa mereka.

“Adalah diharapkan, melalui peranan yang dimainkan setiap daripada kita, kes-kes jenayah penipuan khususnya Macau scam dapat dicegah dan dihapuskan,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Kamaruddin berkata, sebanyak 5,527 kes penipuan Macam scam direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman sepanjang 2019 hingga Jun lalu.

Menurut beliau, kes-kes penipuan berkenaan melibatkan kerugian keseluruhan yang berjumlah RM327,910,835.05.

“Sejumlah 2,466 kes dicatatkan pada tahun 2019 dengan kerugian RM121,855,100.39.

“Sebanyak 2,247 kes dicatatkan pada tahun 2020 dengan nilai kerugian RM172,719,823.64 dan 814 kes sepanjang Januari hingga hingga Jun 2021 dengan nilai kerugian RM33,344,911.02,” katanya lagi. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan