24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Gempar! 800 individu disuntik air, bukan vaksin

Mesti Baca

KAMPALA – Tidak dapat dibayangkan betapa terkejutnya sekumpulan 800 individu sebaik sahaja mengetahui vaksin COVID-19 yang disuntik ke dalam tubuh mereka sebenarnya adalah air.

Memetik laporan Agensi Anadolu, kejadian berlaku di Uganda dan pihak berkuasa negara berkenaan telah memulakan siasatan.

Pengarah Unit Pemantauan Kesihatan di Kediaman Rasmi Presiden Uganda, Warren Naamara berkata kepada media, dua jururawat telah ditahan kerana terbabit dalam kegiatan penipuan itu.

Beliau menambah, seorang doktor kini diburu pihak berkuasa selepas melarikan diri.

“Kita sudah menghantar bebuli yang disyaki mengandungi vaksin COVID-19 palsu kepada Direktorat Makmal Analitikal Kerajaan dan Lembaga Ubat-ubatan Kebangsaan (NDA) untuk analisis.

“NDA menghantar sampel yang disyaki mengandungi sampel itu kepada Institut Serum India (SII) untuk analisis.

“SII mengesahkan bahawa kumpulan vaksin yang dihantar itu mengandungi air dan bukannya vaksin,” katanya.

Advertisements

Naamara menambah, SII menegaskan bahawa bahawa ia tidak menghantarnya kepada Uganda serta mengesahkan bahawa label pada produk itu sudah dipalsukan.

Selain itu, Makmal Analitikal turut mengesahkan bahawa vaksin itu adalah palsu.

Laporan itu dikeluarkan selepas pendedahan bahawa pihak berkuasa Uganda menerima maklumat bahawa suntikan vaksin COVID-19 palsu di hospital kerajaan pada Mei.

Beberapa pihak yang terbabit telah ditangkap dan sampel dihantar ke makmal untuk ujian.

Seramai 800 pekerja yang menerima vaksin palsu itu adalah kakitangan syarikat swasta dan kos vaksinasi dibayar oleh oleh syarikat berkenaan.

Seramai 1,427,897 orang daripada 44 juta rakyat Uganda telah menerima vaksin.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan