25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Vaksin COVID-19 dilupuskan suatu pembaziran

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah perlu menjelaskan perkara berkenaan, mengapa kempen penggunaan (dos penggalak) gagal.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENDEDAHAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa enam juta dos COVID-19 terpaksa dilupuskan amat mengejutkan.

Sehubungan dengan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah perlu menjelaskan perkara berkenaan, mengapa kempen penggunaan (dos penggalak) gagal.

Perkara itu dibangkitkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi menyifatkan ia satu pembaziran.

“Ia terpaksa dilupuskan. Bukankah satu pembaziran?

“Soalnya berapa banyak kerugian ekoran pelupusan dos tersebut.

“Siapa yang order (tempah). Siapa pula yang untung.

“Kenapa kempen penggunaan (dos penggalak) gagal? Siapa yang bertanggungjawab,” soalnya.

Oleh itu, tambah beliau, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan perlu jawab kerana rakyat mahu tahu.

Tegasnya, Kerajaan Perpaduan mesti siasat kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkannya.

Pada sidang media semalam, Perdana Menteri berkata, negara ini mempunyai vaksin COVID-19 yang mencukupi tetapi banyak yang terpaksa dilupuskan kerana kurang sambutan daripada rakyat untuk mengambil dos penggalak.

Menurut beliau, lebih 49 peratus orang ramai sudah melengkapkan pelalian mengambil dos penggalak dan ketika ini, bekalan vaksin masih ada kira-kira enam juta dos. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan