27.3 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Muzium 3D Kertih tutup operasi, cari pelabur baharu

Inilah jalan terakhir kami pilih selepas usaha mendapatkan sokongan pelbagai pihak menemui kegagalan

Mesti Baca

SUKAR untuk membuat keputusan tetapi itulah hakikat yang perlu diharungi apabila Muzium 3D Kertih di Kemaman, Terengganu terpaksa menamatkan operasinya selepas dua tahun.

Pembukaan muzium 3D pertama di Terengganu ketika pandemik COVID-19 sedang melanda merupakan cabaran terbesar yang perlu diharungi.

Baharu beroperasi dua minggu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Premis-premis terpaksa ditutup manakala orang ramai tidak dibenarkan mengunjungi tempat awam.

Apabila dibuka semula keadaan sudah tidak sama lagi. Dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, Muzium 3D Kertih kehilangan pengunjung.

Sepanjang tahun pertama beroperasi, habis begitu sahaja apabila dianggarkan hanya beberapa bulan sahaja muzium yang terletak di Bandar Seri Kertih itu beroperasi penuh.

Memasuki tahun kedua, nama Muzium 3D Kertih baharu mula dikenali dan semakin diberi perhatian termasuk diundang mengadakan pameran di Jambatan Angkat, Kuala Terengganu.

Baca juga:   'Kalau rasa kebal Covid-19, teruskan aktiviti suka ria'
Lukisan mural yang dilukis di dinding Muzium 3D Kertih unik kerana mempunyai nilai seni, warisan dan budaya yang begitu tinggi nilainya.

Peluang tersebut digunakan untuk mempromosikan Muzium 3D Kertih, selain pelbagai usaha lain untuk menaikkan nama dan segalanya nampak mula berhasil.

Jumlah pengunjung ke Muzium 3D Kertih mula meningkat termasuk dengan kehadiran pengunjung terdiri daripada rombongan sekolah mula tiba.

Malangnya, ia seperti sudah terlambat. Beban yang ditanggung pihak pengurusan di bawah Serata Cakra Resources (SCR) tidak lagi mampu dipikul. Maka keputusan terbaik ialah menutup operasinya.

“Amat disayangkan sebuah muzium yang kaya dengan karya seni menggabungkan kesenian, kebudayaan, warisan dan pelancongan terpaksa dihentikan.

Baca juga:   OPR dijangka boleh terus kekal pada kadar 2.75 peratus - Rafizi

“Inilah jalan terakhir kami pilih selepas usaha mendapatkan sokongan pelbagai pihak menemui kegagalan,” kata Pengarah Urusan SCR, Lukman Ismail.

Dengan keluasan kira-kira 5,000 kaki persegi di dua blok premis satu setengah tingkat, muzium ini mempunyai lebih 50 karya tiga dimensi berbentuk mural pada dinding-dindingnya.

Dianggarkan nilai lukisan tersebut hampir RM500,000 hasil sentuhan pelukis berpengalaman yang juga anak jati Kertih.

“Muzium 3D Kertih mempunyai potensi besar malangnya tidak mempunyai sokongan kewangan yang kukuh menyebabkan ia tidak mampu bertahan,” katanya.

Lalu, apakah mahu dibiarkan begitu sahaja?

Jika ada mana-mana pihak baik kerajaan atau korporat yang sedia untuk meneruskan usaha Muzium 3D Kertih, atau membuat pelaburan bagi memastikan ia tidak berkubur begitu sahaja, sangat dialu-alukan.

Baca juga:   Gunung berapi Tonga meletus kuat sekali lagi

Anda boleh menghubungi talian 011-10861165 untuk maklumat lanjut atau e-mel [email protected]

Wartawan

Terkini

Akaun beku: Bersatu perlu belajar daripada UMNO – Puad

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menasihati Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk...

Lagi Artikel Berkaitan