26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, January 30, 2023

HKL tamatkan kontrak doktor hina anak Najib

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HOSPITAL Kuala Lumpur (HKL) telah menamatkan perkhidmatan kontrak seorang doktor yang menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Nooryana Najwa, pada November lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) HKL, Azizul Kamaredzuan Azizul Akimi menerusi surat maklum balas kepada pelaporan aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), Kementerian Kesihatan (KKM).

“Pihak kami telah menamatkan perkhidmatan kontrak pegawai berkenaan sebagai Pegawai Perubatan Gred U41 yang berkuat kuasa mulai 11 November 2022.

“Ia ekoran kesalahan membuat pernyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama Kerajaan (Peraturan 19 (1)- Peraturan-peraturan Pegawai (Kelakukan dan Tatatertib) (1993),” katanya

Tambahnya, tindakan susulan itu diambil setelah pegawai berkenaan membuat kenyataan di media sosial yang berbaur hinaan berkaitan dengan bekas Perdana Menteri itu.

Baca juga:   PRU15: Yana kongsi kisah manis bapanya di Ledang

Perkongsian yang dimuat naik doktor berkenaan menerusi akaun Twitter miliknya yang menuduh Nooryana menipu berhubung rekod kesihatan bapanya.

Tular di laman media, ciapan Twitter itu sempat dirakamkan oleh netizen sebelum ia dipadam oleh doktor berkenaan.

Doktor tersebut yang difahamkan sedang dalam tempoh kontrak, menuduh Nooryana menipu berhubung masalah kesihatan yang dihadapi bapanya dan lebih teruk, dia turut meninggalkan kata-kata kesat dengan menggelarkannya sebagai ‘anjing’.

Sebelum itu, Nooryana mendakwa masalah ulser dihadapi bapanya kembali menyerang dan tekanan darah juga semakin tinggi akibat pengambilan ubat yang dibekalkan doktor.

Baca juga:   Yana kongsi gambar Rosmah berdoa di subuh hari

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kes bunuh di Tawau: Wanita dituduh bunuh bekas suami

SEORANG wanita tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret Tawau, Sabah, hari ini, atas tuduhan membunuh pemandu e-hailing yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan