29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Leka tangkap ikan di luar zon dibenarkan, bot nelayan ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETIKA sedang leka melakukan aktiviti penangkapan ikan di luar zon yang dibenarkan, sebuah bot nelayan ditahan Zon Maritim Bintulu semalam.

Dalam serbuan kira-kira 10.30 pagi itu, pihak penguatkuasa telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan melakukan aktiviti penangkapan ikan di luar zon yang dibenarkan iaitu pada jarak lebih kurang sembilan batu nautika dari Kuala Tatau, Bintulu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, tangkapan ini dilakukan berdasarkan kepada aduan orang awam mengenai vesel nelayan tempatan menceroboh kawasan pesisir pantai.

“Walaupun pada tahun sebelum ini sudah banyak vesel nelayan tempatan kita telah tahan atas kesalahan yang sama.

“Hasil penggeledahan mendapati bot tersebut dikendalikan oleh seorang tekong dan lima orang kru yang mana dua orang termasuk tekong warga tempatan dan empat orang kru warga Indonesia.

“Daripada pemeriksaan lanjut mendapati, empat orang kru warga Indonesia tersebut gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri iaitu pasport semasa ditahan.

“Kesemua kru yang ditahan berumur dalam lingkungan 23 hingga 52 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, muatan hasil laut seperti ikan campur dan ikan baja berjumlah lebih kurang 100 kilogram yang dipercayai baru ditangkap turut disita bersama-sama dengan vesel, peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM 500,000 ribu.

“Kesemua kru beserta bot nelayan ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana telah melanggar syarat sah lesen melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan Jabatan Perikanan Malaysia.

“Selain daripada itu, kru warga asing yang ditahan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki kerana memasuki Malaysia secara haram dan salah guna permit kerja seperti yang terdapat di dalam pasport,” katanya.

Laporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun kemalangan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254)/ Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan