27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Nooryana gesa AGC gugur enam pertuduhan kes IPIC

Mesti Baca

NOORYANA Najwa, menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) menggugurkan enam pertuduhan rasuah terhadap bapanya, Datuk Seri Najib Razak dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Ini susulan kenyataan AGC bahawa mereka sedang menyiasat dakwaan kebocoran dokumen 2019 berkaitan pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion dana kerajaan membabitkan pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Nooryana berkata, AGC perlu ‘melakukan perkara yang betul’ berikutan memo dalaman setebal 12 muka surat itu menerangkan dengan terperinci mengapa tiada kes sama sekali dan bapanya serta Tan Sri Irwan tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung penyelesaian IPIC.

“Apa yang didedahkan dalam memo yang bocor itu memang mengejutkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Nooryana berkata, dokumen itu didakwa mendedahkan bagaimana pasukan pendakwaan AGC sendiri telah membuat kesimpulan bahawa enam pertuduhan itu adalah ‘tidak memenuhi keperluan atau ambang minimum untuk dibawa ke mahkamah’.

“Dokumen yang didakwa itu mendedahkan AGC telah menemu bual 138 saksi dan tidak satu pun daripada kenyataan saksi itu memihak kepada kes pendakwaan.

“Saya maklum bahawa bapa saya telah didakwa untuk kes ini pada Oktober 2018 dan kes itu tidak pernah dibicarakan sejak itu kerana pihak pendakwaan telah berulang kali meminta mahkamah menangguhkan kes itu.

Advertisements

“Sejak didakwa, bapa saya telah menghantar dua surat representasi meminta pertuduhan menjadi lima yang mana yang pertama ditolak pada tahun 2021,” katanya.

Katanya, ia adalah satu penyalahgunaan sistem mahkamah dan ketidakadilan yang besar kepada bapanya yang terpaksa menanggung kos perundangan dan kerosakan reputasi dalam tempoh lima tahun.

Dalam pada itu, memo dalaman yang didakwa daripada pasukan pendakwaan IPIC ditujukan kepada bekas peguam negara Tommy Thomas.

Ia juga disalin kepada ketua pendakwaan Manoj Kurup ketika itu.

Thomas dilaporkan berkata, dia tidak ingat memo yang dikatakan itu, tetapi Nooryana menolak kenyataan itu sebagai satu penghinaan besar kepada kebijaksanaan orang ramai.

Terdahulu, pada 25 Oktober 2018, Najib dan Irwan didakwa secara bersama mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion dana kerajaan membabitkan pembayaran kepada IPIC.

Kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 7 Disember 2018.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan