27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Skuad hoki remaja negara berguru di Eropah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD hoki remaja kebangsaan akan berguru di Eropah selama lebih dua minggu sebagai persediaan menghadapi kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 di Kuala Lumpur, Disember depan.

Pengendali pasukan, Muhamad Amin Rahim berkata, seramai 22 pemain dibawa bagi mengikuti siri jelajah di Eropah dengan enam aksi persahabatan telah diatur.

Beliau berkata, ini merupakan medan terbaik untuk menguji taktikal baharu selain melihat bagaimana pemain boleh mengadaptasinya.

“Siri jelajah ini diatur bagi membantu pemain bersiap sedia untuk menghadapi kejohanan penting hujung tahun ini dan kami barisan kejurulatihan ingin melihat kombinasi pemain beraksi dengan pasukan di Eropah.

“Bagaimana keputusan pantas yang boleh dilakukan pemain di atas padang dan kami juga akan menerapkan beberapa taktikal baharu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Skuad hoki remaja kebangsaan akan berlepas ke Eropah malam ini dan kembali semula ke tanah air pada 6 September depan.

Advertisements

Kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 yang akan membuka tirai pada 5 hingga 16 Disember depan.

Muhammad Amin berkata, anak buahnya akan bertemu pasukan remaja Jerman, Perancis dan United Kingdom (UK) dalam siri jelajah tersebut.

Menurut beliau, pasukannya telah menghabiskan selama lapan minggu fasa latihan fizikal dan aksi persahabatan merupakan medan menilai sejauh mana tahap prestasi pemain ketika ini.

“Harapan saya agar pemain menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin. Saya juga berharap keyakinan pemain akan semakin meningkat selepas beraksi dalam perlawanan yang diatur.

“Ini penting agar pemain mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk beraksi dengan mana-mana pasukan sama ada Asia atau Eropah,” jelas beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan