Tuesday, July 21, 2026

ACT: Malaysa jumpa Korea Selatan di separuh akhir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD hoki negara menempah pertemuan dengan Korea Selatan untuk aksi separuh akhir kejohanan hoki Trofi Juara Juara Asia (ACT) selepas mengakhiri saingan kumpulan di tempat kedua.

Pada aksi di Stadium Mayor Radhakrishnan, Tamil Nadu, India semalam, skuad Speedy Tigers berjaya menewaskan lawan sama, 1-0 hasil jaringan tunggal Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-22.

Pada aksi yang penuh mencabar itu, Muhajir Abdul Rauf dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik Perlawanan selepas mempamerkan persembahan bertenaga sepanjang aksi menentang Korea Selatan.

Malaysia bakal bertemu Korea Selatan sekali lagi esok pada aksi separuh akhir ACT di Tamil Nadu, India. – Edisi9/MHC

Kemenangan itu meletakkan Malaysia di tangga kedua kumpulan di belakang India selepas mengutip 12 mata, hasil daripada empat kemenangan dan satu kekalahan.

Malaysia telah mengesahkan tempat di separuh akhir sebelum turun menentang Korea Selatan, malam tadi. – Edisi9/MHC

Skuad kendalian Arul Selvaraj itu membuka kempen ACT dengan bergaya apabila menundukkan Pakistan (3-1), disusuli China (5-1) dan Jepun (3-1) sebelum tunduk 0-5 kepada India.

Perlawanan separuh akhir menentang Korea Selatan yang muncul pasukan ketiga terbaik dalam kumpulan akan berlangsung esok. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan