25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

MSSM: KPM arah JPN Sabah guna peruntukan sedia ada

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah menggunakan peruntukan sedia ada bagi menampung penyertaan pasukan bola sepak Majlis Sukan Sekolah (MSS) negeri itu menyertai kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM telah menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk penganjuran sukan dan aktiviti kokurikulum di setiap peringkat. 

Justeru itu, peruntukan juga diberi kepada setiap jabatan pendidikan negeri bagi memastikan aktiviti sukan dan kokurikulum dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

“KPM telah meminta JPN Sabah untuk menggunakan peruntukan sedia ada bagi menampung kos penyertaan pasukan tersebut dalam kejohanan MSSM 2023.

Advertisements

“Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan setiap pemimpin komuniti yang telah sama-sama membantu mencari jalan penyelesaian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan pasukan bola sepak bawah 18 dan 15 tahun Sabah tidak dapat menyertai kejohanan MSSM di Johor disebabkan faktor kewangan.

Kejohanan tersebut dijangka berlangsung dari 24 sehingga 30 Ogos ini.

Fadhlina berkata, KPM sentiasa berusaha untuk memastikan penglibatan menyeluruh semua murid institusi pendidikan bawah KPM dalam sukan dan kegiatan kokurikulum yang dapat menggilap bakat dan membentuk kemahiran insaniah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan