27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

CAAM diarah siasat semua pesawat Beechcraft Model 390

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pengangkutan mengarahkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk melakukan siasatan terhadap semua pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) di negara ini.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, satu siasatan terperinci perlu dilakukan ke atas model tersebut namun kementerian tidak berhasrat menangguhkan operasi pesawat jenis berkenaan.

“Saya akan minta CAAM untuk buat siasatan terhadap model tersebut dan apa sahaja keputusan perlulah kita buat secara teliti selepas siasatan oleh pihak teknikal dan pihak berkuasa. 

“Pada ketika ini belum ada apa-apa keputusan terburu-buru diambil, jadi pihak CAAM sudah tentu akan buat siasatan terperinci terhadap semua model yang sedang digunakan di Malaysia berkenaan dengan pesawat tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media menyaksikan Majlis Penandatanganan Memorandum  Persefahaman antara Yinson Holdings Bhd, RRJ Capital dan Farosson di ibu negara hari ini.  

Advertisements

Sebuah pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dengan nombor pendaftaran N28JV terhempas di atas jalan raya di Bandar Elmina, Shah Alam, semalam.

Pesawat dalam penerbangan dari Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang itu dilaporkan terhempas kira-kira pukul 2.50 petang selepas terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang.

Nahas udara itu mengorbankan sebanyak enam penumpang dan dua kru penerbangan serta dua orang awam turut maut iaitu pemandu kereta dan motosikal.

Insiden tersebut turut mengorbankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan