27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Skuad hoki dalam dewan lelaki negara mara ke final

Skuad hoki dalam dewan lelaki negara sahkan tempat dalam aksi final pada Ahad nanti

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD hoki dalam dewan lelaki negara meneruskan rentak kemenangan dalam peringkat kumpulan Sukan SEA Kemboja 2023 apabila menumpaskan Thailand, 5-3 sebentar tadi sekali gus mengesahkan tempat di final Sabtu ini.

Masih segar dengan kemenangan besar 5-0 ke atas Singapura semalam, skuad bimbingan Mohd. Hanip Che Halim bagaimanapun ketinggalan 1-0 pada suku pertama menerusi gol padang Suyaram Anuson pada minit kelapan.

Malaysia bangkit di suku kedua apabila menjaringkan tiga gol, masing-masing menerusi jaringan pukulan sudut penalti Faridzul Afiq Mohd. pada minit ke-11, Muhamad Izham Azhar (12′) dan Razali Mohd. Hazemi (19′).

Skuad hoki dalam dewan lelaki negara terus melebarkan kedudukan 4-1 di suku ketiga hasil penyudah Muhamamd Firdaus Omar menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-26.

Advertisements

Thailand cuba bangkit di suku keempat menerusi dua gol A-Nukoon Warawut namun Malaysia menjaringkan gol kelima menerusi Faridzul sekali gus memastikan kemenangan 5-3 dalam aksi di Dinosaur Park Hall, Chroy Changvar.

Kemenangan ini meletakkan Malaysia kekal di tangga teratas dengan 12 mata selepas mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus.

Indonesia di tempat kedua dengan sembilan mata, masih kurang satu perlawanan dan pasukan jiran itu unggul menjaringkan 30 gol tanpa dibocori sebarang gol sepanjang tiga perlawanan.

Malaysia akan berdepan Indonesia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada Sabtu ini dengan dua pasukan di tangga teratas layak secara automatik ke final pada Ahad ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan