26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Hannah perlu akui kegagalan, mohon maaf – KJ

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh perlu berjiwa besar mengakui kegagalan kontinjen Malaysia dalam kejohanan Sukan SEA 2023 di Kemboja lalu.

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tidak salah andainya Hannah memohon maaf atas apa yang berlaku dan cuba memperbetulkan keadaan.

Ujar Khairy, beliau sendiri pernah melalui situasi sama ketika mula dilantik memegang jawatan sama pada 2013 di mana kontinjen negara gagal mencapai sasaran di Sukan Komanwel 2014 di Glasgow dan Sukan Asia 2014 di Incheon.

“Tidak sampai setahun saya jadi Menteri Belia dan Sukan, kita ada Sukan Komanwel di Glasgow dan Sukan Asia di Incheon Korea Selatan. Dua-dua kita tidak capai sasaran.

“Boleh sahaja saya kata saya menteri baharu setahun, tidak sempat nak ada masa dua atau tiga tahun untuk buat perancangan yang rapi tapi saya memiliki kegagalan tersebut.

“Saya minta maaf. Saya tidak perlu minta maaf tetapi saya masih ingat saya tulis dalam Facebook saya, saya kata sebagai menteri saya minta maaf dan akan ambil tindakan,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam podcast Keluar Sekejap yang dihoskan bersama Shahril Hamdan.

Khairy mengulas kenyataan yang dikeluarkan Hannah susulan kegagalan kontinjen negara pada Sukan SEA 2023 di Kemboja baru-baru ini.

Dalam pada itu, Khairy turut menasihatkan Ahli Parlimen Segambut itu supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

“Saya melihat dalam hal ini menteri sepatutnya jangan keluarkan kenyataan macam itulah. Saya faham apa yang dia (cuba) kata kerana ada perubahan segi dasar, mungkin kerana terlalu ramai menteri dalam tempoh tiga tahun ini, ada gangguan.

“Mungkin ada kesan. Kenyataan yang agak mengundang kecaman orang ramai dan saya tidak tahu. Bagi saya, ambil tanggungjawab,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan