27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Hannah dedah punca Malaysia, Oman tak dibenar berlatih di SNBJ

Mesti Baca

HANNAH Yeoh mendedahkan punca pasukan tuan rumah dan Oman tidak dibenar berlatih di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 malam esok.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, kedua-dua pasukan tidak dapat berlatih di SNBJ hari ini kerana tidak dibenarkan oleh Pesuruhjaya Perlawanan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) atas faktor cuaca.

“FIFA Match Commissioner (MC) tidak benarkan pasukan Malaysia dan Oman berlatih di SNBJ kerana hujan pada waktu petang kebelakangan ini,” katanya menerusi ciapan di plaform X malam ini.

Hannah berkata, padang SNBJ juga telah mendapat kelulusan MC untuk perlawanan keempat Kumpulan D itu.

Advertisements

Sehubungan itu, beliau menggesa para penyokong Harimau Malaya untuk turun ke SNBJ malam esok untuk memberi sokongan paling padu kepada skuad kebangsaan.

Sebelum ini, skuad bimbingan Jaroslav Silhavy yang dijadualkan berlatih di SNBJ bagi membiasakan diri dengan keadaan padang namun telah dibatalkan.

Malahan skuad tuan rumah sendiri tidak dibenarkan menggunakan SNBJ menjelang aksi malam esok menyebabkan timbul spekulasi bahawa larangan itu disebabkan oleh keadaan padang yang tidak bersedia untuk perlawanan tersebut.

Padang SNBJ dikatakan kembali rosak selepas pengurusan stadium membenarkan pemasangan pentas bagi konsert artis antarabangsa dibuat di tengah-tengah padang bulan lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan