29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Sukan SEA: Menteri KBS wajib buat ‘post mortem’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan timbalannya, Adam Adli wajib melaksanakan post mortem menyeluruh terhadap pencapain terburuk kontinjen negara dalam temasya Sukan SEA di Kemboja, yang berakhir malam tadi.

Ketua Pemuda Pas, Fadhli Shaari berkata, adalah tidak wajar sekiranya kegagalan itu hanya menyalahkan para atlet yang terpaksa berjuang dalam keadaan serba kekurangan disebabkan kegagalan master plan kementerian.

“Saya fikir tempoh ‘berbulan madu’ sudahpun berakhir. Menteri dan Timbalannya, rakan saya Adam Adli perlu mengambil langkah membina semula sukan negara melalui dasar perlindungan kebajikan atlet bagi mencungkil lebih ramai bakat baharu.

“Selain mengakui kegagalan pengurusan di beberapa peringkat adalah merupakan penyebab utama sasaran pingat Sukan SEA edisi kali ini tidak berjaya dicapai,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Katanya, beliau tidak mahu menyalahkan menteri dan pasukannya seratus peratus atas kegagalan tersebut namun selaku pemegang teraju di KBS, Hannah wajib melaksanakan post mortem bagi mengenali masalah sebenar.

Advertisements

Semalam, Hannah dilaporkan berkata, analisis pencapaian kontinjen negara di Sukan SEA Kemboja 2023 hanya akan dibuat selepas semua mereka kembali sepenuhnya ke tanah air Jumaat ini.

Kontinjen negara mengumpul 176 pingat merangkumi 34 emas, 45 perak dan 97 gangsa menjadikan Malaysia berada di tempat ketujuh daripada 11 negara yang bertanding.

Fadhli berkata, kontinjen Malaysia begitu malang apabila merekodkan pencapaian terburuk dalam sejarah Sukan SEA dengan menduduki tempat ketujuh dan gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan.

“Pencapaian Malaysia pada kali ini lebih mendukacitakan bagi keseluruhan rakyat Malaysia, malah lebih teruk daripada Sukan SEA Ke-31 yang diadakan dari 12 hingga 23 Mei 2022 di Hanoi, Vietnam.

“Malah ia menjadi titik noktah hitam negara kerana pada edisi 1983 dan 2021, Malaysia masih mampu menduduki tangga keenam bagi keseluruhan dan ia lebih mengecewakan apabila berada di bawah Singapura, Filipina dan Kemboja,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan