27.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Pas nafi kenyataan media tular sokong Abdul Hadi sebagai PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PAS nafi mengeluarkan satu kenyataan media kononnya menyatakan sokongan bagi menamakan presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri dari Perikatan Nasional (PN).

Surat palsu bertarikh hari ini dan ditandatangani oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan itu tular di media sosial hari ini.

Menerusi catatan ringkas di Facebook, Takiyuddin menafikan penularan surat tersebut dan mendakwa penyebarannya tiada kaitan dengan mana-mana seperti yang disebutkan di dalamnya.

“Kenyataan media bertajuk ‘Sokongan Terhadap Abdul Hadi, Ahli Parlimen Marang sebagai Perdana Menteri’ yang sedang tular pada masa ini adalah palsu dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang disebutkan,” katanya hari ini.

Advertisements

Kenyataan media bertarikh 4 Mei 2023 yang tular di media sosial itu menyatakan Pas akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok kononnya ingin mempersembahkan surat akuan bersumpah (SD) daripada 115 Ahli Parlimen dan menyokong Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri baharu.

Surat itu turut memaklumkan, sifat kepimpinan dan ilmu yang tinggi Ahli Parlimen Marang itu mampu menjadi Malaysia sebagai negara bertamadun dan disegani tanpa mengenepikan nilai-nilai Islam.

Katanya lagi, Pas meminta semua pihak memberikan sokongan terhadap kepimpinan ulama sekali gus menghentikan perebutan kuasa seperti yang ditimbulkan Pakatan Harapan (PH).

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini berada di London, United Kingdom bagi mengadakan lawatan khas sehingga 14 Mei ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan