22.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 19, 2025

Agong, Permaisuri ke London sempena Istiadat Pertabalan Raja Charles III

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di London, United Kingdom, semalam bagi mengadakan lawatan khas hingga 14 Mei ini.

Menerusi hantaran di Facebook Istana Negara hari ini, pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi telah mendarat di Lapangan Terbang Luton, London pada 9.30 malam waktu tempatan (4.30 pagi waktu Malaysia).

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut wakil Istana Buckingham, Deputy Lord Lieutenant Elizabeth Slack, Wakil Khas Foreign Secretary, David Gordon-MacLeod dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Zakri Jaafar serta isteri, Datin Nor Aini Abdul Rahman.

Advertisements

Lawatan khas Seri Paduka Baginda berdua ke London adalah atas persilaan Raja Charles III bagi menghadiri Istiadat Pertabalan baginda sebagai Pemerintah United Kingdom di Westminster Abbey pada Sabtu ini.

Seri Paduka berdua turut dijadualkan menghadiri majlis resepsi dihoskan Raja Charles III di Istana Buckingham, esok.

Menurut kenyataan Istana Negara lagi, kali terakhir Seri Paduka berdua berkenan berangkat ke Istana Buckingham adalah pada 12 Oktober tahun lalu sempena kunjungan hormat ke atas Raja Charles III. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Terbuka India: Izzuddin-Sze Fei wakil tunggal Malaysia ke ‘final’

AKHIRNYA kem badminton negara boleh melakar senyuman di Kompleks Sukan Indra Gandhi, New Delhi apabila Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze...

Lagi Artikel Berkaitan