31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

ADUN Belantik kritikal di wad ICU HSAH

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik, Datuk Mohd Isa Shafie dilaporkan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani.

Timbalan Yang Dipertua Pas, Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, Mohd. Isa yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Kedah itu dimasukkan ke Hospital Sik kira-kira pukul 7 malam semalam sebelum dibawa ke HSAH pada 4 pagi kerana mengalami jangkitan kuman pada jantung, paru-paru dan buah pinggang.

“Menurut anak beliau, bapanya kelihatan lemah dan rebah di dalam bilik air di rumahnya di Kampung Jelutong, Sik lebih kurang pukul 1.30 tengah hari semalam sebelum dibawa ke Hospital Sik dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim.

Advertisements

“Keadaan kesihatannya lemah dan menurun sebelum doktor menidurkannya, saya memohon orang ramai mendoakan beliau agar sembuh dan dapat terus berkhidmat kepada rakyat Belantik,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ahmad Tarmizi yang juga Ahli Parlimen Sik berkata, pada masa ini, orang ramai tidak dibenarkan melawat ADUN itu dan mengharapkan semua ahli keluarganya bersabar menghadapi ujian berkenaan.

Mohd. Isa menjadi ADUN Belantik selama tiga penggal dan sebelum ini menghidap penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi serta jantung.

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan