28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

188 penjawat awam ditahan membabitkan dadah – JSJN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 188 penjawat awam ditahan atas pelbagai kesalahan membabitkan dadah dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini dengan empat daripadanya ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkata, penjawat awam tersebut merupakan sebahagian daripada 62,132 individu yang ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah.

Katanya, susulan penahanan itu, polis merampas pelbagai jenis dadah, daun dan air ketum yang dianggarkan bernilai RM213 juta.

“JSJN berjaya merampas pelbagai jenis dadah seberat 7,917 kilogram (kg), 1,379 liter pelbagai cecair dadah, 31,856 kg daun ketum dan 21,243 liter air ketum.

“JSJN turut menahan empat ahli kimia serta menyita pelbagai aset milik sindiket bernilai RM32.8 juta sementara RM2.7 juta nilai harga dilucut hak,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Dalam pada itu, JSJN berkata, seramai 2,669 penagih dadah tegar mempunyai rekod kesalahan dadah berulang telah dituduh mengikut Seksyen 39C ADB 1952.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 1,533 telah disabitkan kesalahan dalam tempoh tersebut.

“Dalam tempoh berkenaan, sebanyak 35,331 kertas siasatan dibuka dengan 22,753 daripada berjaya dituduh di mahkamah,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

Dua bot Vietnam ditahan sedang leka kaut hasil laut

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat berjaya menahan dua buah bot nelayan asing Vietnam sedang leka...

Lagi Artikel Berkaitan