32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Skuad hoki dalam dewan lelaki Malaysia raih kemenangan ketiga

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD hoki dalam dewan lelaki negara mengekalkan rentak cemerlang dalam Sukan SEA 2023 di Kemboja apabila meraih kemenangan ketiga berturut-turut selepas menewaskan Singapura 5-0 hari ini.

Turun selaku juara bertahan, Malaysia mendapat tentangan daripada Singapura di awal perlawanan namun berjaya membuka tirai jaringan pada minit kelapan menerusi gol padang Danial Asyraf Abdul Ghani.

Malaysia memanfaatkan kelebihan pukulan sudut penalti pada suku kedua menerusi jaringan Muhamad Izham Azhar pada minit ke-13, sekali gus menamatkan separuh masa pertama dengan kelebihan dua gol.

Separuh masa kedua menyaksikan kem negara menambah gol ketiga pada minit ke-25 menerusi jaringan Faridzul Afiq Mohd. sebelum Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan menambah satu lagi gol seminit kemudian.

Tiga minit sebelum perlawanan sebenar berakhir, Muhamad Izham Azhar sekali lagi memastikan kelebihan pukulan sudut penalti diterjemahkan dengan jaringan sekali gus memastikan tiga mata penuh milik negara.

Advertisements

Ketua jurulatih, Mohd. Hanip Che Halim berkata, pemainnya tidak bermain pada prestasi mereka yang sebenar walaupun meraih kemenangan ketiga berturut-turut.

“Kami masih dilandasan yang betul dalam mengutip tiga mata di setiap perlawanan. Bagaimanapun permainan kami hari ini sedikit merosot dan beberapa kesilapan.

“Kami memperolehi sembilan pukulan sudut penalti dan menjaringkan tiga daripadanya. Pukulan sudut penalti hari ini serba tidak menjadi dan antara punca yang dikenalpasti iaitu kesilapan daripada kami sendiri ketika injektor melakukan hantaran.

“Pertemuan dengan Thailand esok, kami akan melakukan beberapa perubahan dari segi taktikal dan juga percaturan permainan. Kami akan turun dengan misi untuk terus mengutip tiga mata bagi perlawanan keempat,” katanya menerusi portal Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) hari ini.

Pasukan hoki dalam dewan lelaki negara akan turun bertemu Thailand esok untuk aksi keempat pusingan round robin pada pukul 4:30 petang (waktu Malaysia). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket jual kosmetik haram oleh wanita warga asing tumpas

JABATAN Imigresen Malaysia berjaya menumpaskan satu sindiket penjualan produk kosmetik dan kecantikan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam...

Lagi Artikel Berkaitan