33.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Sukan SEA: Harimau Muda belasah Laos 5-1

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HARIMAU Muda membuka saingan bola sepak Sukan SEA 2023 di Kemboja dengan rentak kemenangan apabila membelasah Laos 5-1 di Stadium Prince, Phnom Penh sebentar tadi.

Malaysia bermula garang sebaik wisel perlawanan ditiupkan apabila sepakan gunting Aliff Izwan Yuslan seawal minit pertama ditepis keluar penjaga gol, Solasak Thilavong.

Usaha skuad bawah 22 tahun negara itu mencari gol awal berhasil pada minit keempat menerusi jaringan pemain pertahanan, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili.

Laos cuba bangkit mencari gol penyamaan dan pada minit ke-17 menyaksikan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman cemerlang menepis keluar sepakan separuh voli Chony Wenpaserth.

Bagaimanapun, gawang Sikh Izhan bocor juga apabila cubaan Ubaidullah mengeluarkan hantaran silang Laos menerjah gawang sendiri pada minit ke-21.

Anak buah E. Elavarasan kembali di depan pada minit ke-28 menerusi jaringan sendiri pertahanan Laos, Anantaza Siphongpan yang gagal mengeluarkan bola hantaran silang Muhamamd Safwan Mazlan dan masuk ke gawang sendiri.

Pada minit ke-64 menyaksikan Thilavong dipaksa merebahkan badan bagi menepis tandukan Aliff Izwan bagi memastikan gawangnya tidak lagi dibocori.

Advertisements

Pemain gantian, Fergus Tierney hampir menambah jaringan buat Malaysia pada minit ke-69 namun sentuhan akhirnya sedikit mengecewakan ketika penjaga gol lawan sudah pun tertewas.

Harimau Muda akhirnya menambah gol ketiga pada minit ke-75 menerusi Muhamad Syahir Bashah yang melepaskan satu sepakan kencang dari dalam kawasan penalti menjadikan kedudukan 3-1.

Tierney terlepas peluang terbaik menambah gol keempat pada malam tadi apabila berjaya melepasi perangkap offside namun percubaannya sekadar singgah di tiang gol Laos pada minit ke-79.

Nasib terus tidak menyebelahi Tierney apabila percubaan bola lambungannya pada minit ke-85 terkena palang.

Namun, Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal menambah gol keempat Malaysia pada masa kecederaan apabila melakukan tolakan mudah susulan percubaan Syahir sebelum itu terkena palang Laos.

Malaysia memperoleh gol kelima selang seminit kemudian sekali lagi menerusi jaringan sendiri pemain Laos sekali gus menjadikan kedudukan 5-1.

Tiga mata yang dikutip cukup penting apatah lagi berada dalam ‘kumpulan maut’ kerana bakal berdepan Thailand Sabtu ini, disusuli Vietnam (8 Mei) sebelum menamatkan aksi peringkat kumpulan menentang Singapura (11 Mei). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan