Friday, June 5, 2026

Real semakin hampir ikat Bellingham

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELAB gergasi Eropah, Real Madrid dilaporkan semakin hampir mengikat bintang muda meningkat naik dari England, Jude Bellingham dari Borussia Dortmund.

Difahamkan perbincangan kini sudah memasuki fasa akhir dengan terma peribadi termasuk bonus antara pemain dan kelab Sepanyol itu telah dipersetujui.

Delegasi Real dijangka mengadakan perbincangan lanjut bersama wakil Dortmund untuk menentukan yuran perpindahan bekas produk Birmingham City tersebut.

Liverpool baru-baru ini menarik diri daripada saingan mendapatkan Bellingham kerana yuran perpindahannya yang dijangka tinggi selain permintaan gaji mingguan yang mencecah RM2.3 juta seminggu.

Kehadiran Bellingham ke Santiago Bernabeu sememangnya ditunggu-tunggu penyokong Los Blancos kerana pemain itu dilihat pengganti kepada generasi Toni Kross dan Luka Modric yang kini berusia.

Pemain berusia 19 tahun itu menjadi tonggak utama England dalam kempen Piala Dunia di Qatar awal tahun ini serta merupakan jeneral tengah Dortmund musim ini.

Bellingham akan menjadi pemain Inggeris pertama menyertai Real sejak kali terakhir melakukannya dengan mengikat David Beckham pada 2007.  

Perpindahan pemain muda berbakat itu dijangka menelan yuran perpindahan tinggi sekitar RM728 juta dengan bekas kelabnya, Birmingham bakal mendapat 15 peratus daripada keseluruhan yuran tersebut. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan