25.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 9, 2024

Yana tawar diri bertanding jawatan Exco Puteri UMNO

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lagi anak Datuk Seri Najib Razak bakal menyertai politik dengan menawarkan diri bertanding bagi merebut jawatan dalam UMNO Pusat pada pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Ini berikutan anak sulung bekas Presiden UMNO itu bersama Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa pula menyatakan hasrat untuk merebut salah satu jawatan Exco Puteri UMNO.

Perkara itu dikongsikan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menerusi hantaran di Facebook, semalam.

“Hari ini, Yana Najib (Nooryana Najwa) datang berkunjung ke pejabat saya, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit di Taman Rengit.

“Beliau datang dengan Dr Masliha Harun, calon Ketua Puteri UMNO. Yana pula akan bertanding Exco Puteri UMNO. Selamat maju jaya,” katanya.

Sebelum ini, seorang lagi anak Najib, Datuk Mohd Nazifuddin menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO.

Advertisements

Mohd Nazifuddin yang juga ahli UMNO Bahagian Langkawi berkata, hasrat bekliau itu bagi membantu sayap parti itu menarik golongan muda untuk dapat bersama-sama memperkukuhkan perjuangan parti.

Sebelum ini, Mohd Nizar Najib aktif dalam politik selaku Exco Pemuda UMNO selain Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, Nizar menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu dan kemudian dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Nooryana atau mesra dipanggil Yana, 34, itu aktif membantu calon Barisan Nasional (BN) berkempen dalam PRU-15 di seluruh negara.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac 2023.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

5 tahun pasca-COVID-19: Cabaran dalam sistem pendidikan

Saudara Pengarang Penularan novel coronavirus 2019 (COVID-19) atau 2019-nCoV pada Disember 2019 di Wuhan, China memberi satu pengalaman yang tidak...

Lagi Artikel Berkaitan