Monday, July 20, 2026

MKT UMNO setuju pemilihan parti ditangguh selepas PRU-16

Ini bagi memastikan seluruh jentera parti di semua peringkat dipersiapkan untuk menghadapi kemungkinan PRN dan PRU-16 yang boleh diadakan pada bila-bila masa bermula tahun ini.

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

PEMILIHAN UMNO yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini ditangguhkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16), kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai secara sebulat suara dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menangguhkan Pemilihan UMNO yang dijadualkan pada tahun ini kepada tarikh tidak boleh melebihi enam bulan selepas PRU-16 selaras dengan peruntukan Perlembagaan UMNO di bawah Fasal 10.16, Fasal 10.16.1 dan Fasal 10.16.2,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan seluruh jentera parti di semua peringkat dipersiapkan untuk menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan PRU-16 yang boleh diadakan pada bila-bila masa bermula tahun ini.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, mesyuarat turut memperincikan tarikh-tarikh bagi Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan, Bahagian-Bahagian UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO Tahun 2026.

Beliai berkata, bagi Persidangan UMNO Cawangan akan bermula 1 April hingga 17 Mei, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pula  berlangsunh 1 Jun hingga 12 Julai sementara Perhimpunan Agung UMNO pada 12 Ogos hingga 16 Ogos.

Sempena sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-80 tahun ini, parti itu  akan menganjurkan Kongres Pendidikan Bumiputera pada 1 Mei dan Konvensyen UMNO sebagai acara kemuncak sambutan bersejarah yang akan diadakan pada 2 Mei di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan