Monday, July 20, 2026

Ramadan medan perkukuh silaturahim, satukan saf perjuangan

Kehadiran ahli-ahli dari pelbagai peringkat mencerminkan kekuatan serta kesepaduan yang terus menjadi tunjang perjuangan parti keramat ini - Ahmad Zahid Hamidi

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

BULAN Ramadan merupakan medan terbaik untuk memperkukuh silaturahim, merapatkan saf serta memperbaharui iltizam perjuangan dalam kalangan ahli parti, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kebersamaan yang dizahirkan menerusi Majlis Berbuka Puasa Keluarga Besar UMNO petang tadi mencerminkan kekuatan dan kesepaduan akar umbi yang terus menjadi tunjang kepada perjuangan parti keramat itu.

“Ramadan adalah waktu terbaik untuk kita memperkukuh silaturahim, merapatkan saf dan memperbaharui iltizam perjuangan, lebih-lebih lagi apabila kita berkumpul di bawah bumbung yang sama.

“Kehadiran ahli-ahli dari pelbagai peringkat mencerminkan kekuatan serta kesepaduan yang terus menjadi tunjang perjuangan parti keramat ini,” katanya.

Hadir sama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sertai para pemimpin tertinggi UMNO, sayap-sayap dan pimpinan bahagian.

Menurut Ahmad Zahid, kehadiran ahli-ahli UMNO daripada pelbagai peringkat menunjukkan komitmen dan kesetiaan yang tidak pernah luntur, meskipun parti berdepan pelbagai cabaran dalam landskap politik semasa.

“Saya amat menghargai komitmen dan kesetiaan seluruh ahli UMNO yang terus istiqamah mendukung perjuangan ini. Terima kasih kepada semua yang hadir,” katanya.

Beliau turut berharap agar Ramadan kali ini menjadi pemangkin kepada penyatuan yang lebih kukuh dalam kalangan ahli, sekali gus memperkasakan perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara.

“Semoga Ramadan ini terus menyatukan hati kita dan memperkukuh langkah perjuangan kita. Insya-Allah,” kata beliau.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada anak yatim. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan