26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Mahdzir, Reezal berlapang dada dengan kekalahan

Mesti Baca

DATUK Seri Mahdzir Khalid yang gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti penggal 2023-2026 menerima kekalahan dengan berlapang dada.

Pada masa yang sama bekas Ahli Parlimen Padang Terap itu menegaskan akan tetap teguh bersama UMNO walaupun tewas.

“Saya secara peribadi menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada apabila para perwakilan berhasrat untuk memilih kepimpinan baharu di barisan Naib Presiden bagi membantu Presiden, Timbalan Presiden khususnya dan UMNO keseluruhan amnya,” katanya mengulas keputusan Pemilihan UMNO penggal 2023-2026 yang berlangsung Sabtu.

Seorang lagi calon Naib Presiden, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut menerima kekalahan dengan hati yang terbuka.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana pesta demokrasi UMNO diraikan dalam suasana kekeluargaan yang cukup harmoni dan tertib.

“Keputusan ini juga bermakna, khidmat saya di pentas Majlis Kerja Tertinggi UMNO selama tempoh 10 tahun juga berakhir hari ini secara rasminya dan Insyaallah bakal diteruskan dengan barisan pimpinan MKT yang baharu.

Baca juga:   Lampard bakal pengurus interim Chelsea

“Saya juga menerima keputusan ini dengan baik dan yakin bahawa ketiga-tiga Naib Presiden, yang merupakan tokoh yang cukup disegani, akan dapat menggalas amanah sebaik mungkin dalam membantu Presiden menakhodai parti melalui tempoh tempoh yang mencabar ini,” katanya.

Beliau berharap kepimpinan baharu UMNO dapat memacu parti itu ke mercu yang diharapkan oleh ahli-ahlinya.

Baca juga:   PDRM siasat laporan portal Info Negara Kini

“Semestinya saya sendiri serta semua ahli akan terus teguh berdiri bersama kepimpinan setiap masa.

“UMNO ini rumah kita, saat duka atau senang. UMNO ini laman kita bersama sebagai sebuah keluarga besar. UMNO ini kita tumpah setia, kita sentiasa bersama. Parti ini kita jaga bersama,” katanya.

Dalam pertandingan lapan penjuru bagi merebut jawatan Naib Presiden, tiga nama yang dipilih menduduki kerusi tersebut ialah Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan