30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

26,099 unit rumah PPR dibina di Sabah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SABAH merupakan negeri terbesar menerima manfaat daripada projek Program Perumahan Rakyat (PPR) apabila sebanyak 26,099 unit rumah dibina membabitkan 38 projek setakat ini.

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 34 projek PPR melibatkan sejumlah 23,509 unit telah siap dibina manakala empat lagi projek melibatkan 2,590 unit masih dalam pembinaan.

“Kerajaan melalui KPKT sentiasa komited memastikan bekalan Rumah Mampu Milik di Sabah khususnya bagi golongan berpendapatan rendah mencukupi bagi memenuhi keperluan dan menjamin kesejahteraan rakyat.

“Ini adalah selaras dengan hasrat agenda pemilikan rumah di Malaysia yang sentiasa memberikan tumpuan kepada akses terhadap perumahan yang berkualiti dan mampu dimiliki,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, KPKT memaklumkan, projek PPR Batu Putih, Sandakan yang merupakan salah sebuah projek PPR sedang dalam proses pengisian.

Tambahnya, PPR Batu Putih yang terdiri dari 900 unit rumah itu telah siap dibina dan diserahkan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah pada 28 November 2019.

“PPR Batu Putih tidak dapat dibuat pengisian lebih awal disebabkan kerja-kerja pembaikan sedang dilaksanakan susulan penggunaannya sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (COVID-19).

“Berdasarkan maklumat terkini daripada KKTP Sabah, surat tawaran pengisian kepada pemohon yang berjaya dijangka akan dikeluarkan pada penghujung Mac 2023 dan pengisian fasa pertama PPR ini akan dibuat pada April 2023,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

IJM Land bantu ringankan beban enam keluarga sambut Syawal

IJM Land Berhad baru-baru ini menyampaikan sumbangan kepada enam keluarga kurang bernasib baik bagi meringankan beban mereka terutama dalam...

Lagi Artikel Berkaitan