24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Jangkitan baharu COVID-19 hampiri 16,000 kes

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes baharu harian COVID-19 terus melonjak naik dan semakin menghampiri angka 16,000 dengan sebanyak 15,902 kes dilaporkan hari ini.

Kes baharu harian itu sekali lagi memecah rekod sejak pandemik melanda negara, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang direkodkan sebanyak 996,393 kes.

Semalam sahaja, sebanyak 15,573 kes baharu harian COVID-19 dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 15,902 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 260 kes (1.6 peratus) adalah daripada kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), 129 kes (0.8 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen).

“Manakala, sebanyak 127 kes (0.8 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 6,901 kes (43.4 peratus) kategori 2 (bergejala ringan) dan 8,485 kes (53.4 peratus) kategori 1 (tidak bergejala).

“Secara keseluruhannya, 3.2 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori 3, 4 dan 5,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Terdahulu dalam perkongsian di Twitter, Dr. Noor Hisham memaklumkan, Selangor masih merekodkan angka melepasi 7,000 kes dengan 7,351 kes dilaporkan hari ini.

“Begitu juga angka kes di Kuala Lumpur yang merekodkan peningkatan kes iaitu sebanyak 2,406 kes diikuti Kedah sebanyak 867 kes.

“Johor pula (804 kes), Sabah (712 kes), Negeri Sembilan (625 kes), Melaka (631 kes), Pulau Pinang (505 kes), Kelantan (502 kes), Perak (469 kes), Pahang (406 kes), Terengganu (267 kes) dan Sarawak (261 kes).

“Selebihnya, Putrajaya (59 kes), Labuan (30 kes) dan Perlis (tujuh kes),” katanya.

Advertisements

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 184 kes kematian lagi dilaporkan pada hari ini melibatkan 87 kes di Selangor, 17 kes di Kedah, 16 kes di Pahang dan 15 kes di Negeri Sembilan.

“Sementara itu, 13 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 10 kes di Johor, lapan (8) kes di Sabah, tujuh (7) kes di Melaka.

“Lain-lain, enam (6) kes di Pulau Pinang, tiga (3) kes di Terengganu dan dua (2) kes di Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, pesakit yang sedang dirawat dan diasingkan juga terus meningkat melepasi 150,000 iaitu sebanyak 153,633 kes termasuk 950 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 468 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan, sebanyak 27 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 15 kluster tempat kerja, tujuh kluster komuniti, dua kluster pusat tahanan serta masing-masing satu kluster pendidikan tinggi, kumpulan berisiko tinggi dan import.

“Kluster tersebut ialah Kluster Industri Kota Burok (52 kes), Kluster DPB Lima Tanjung Pelepas (14 kes), Kluster A6 Tanjung Pelepas (tujuh kes), Kluster Jalan Helang Bukit (36 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Pasar Sentul (95 kes), Kluster Tapak Bina Sungai Bunus (75 kes), Kluster Industri Jalan Raja Nong (45 kes) dan Kluster Jalan Besar Tanjung Sepat (sembilan kes).

“Selain itu, Kluster Dah 2/2 Industri Sungai Petani (13 kes), Kluster Dah Tupah Industri Sungai Petani (82 kes), Kluster Kledang Utara Tiga (30 kes), Kluster Jalan Maharani Intan (16 kes), Kluster Pekan Jelawat (lapan kes), Kluster Jalan Perniagaan Jelatang (33 kes), Kluster Jalan Batu Malim (11 kes), Kluster Bukit Bangkong (33 kes), Kluster Sungai Melut (23 kes) dan Kluster Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda (70 kes),” katanya.

Tambah beliau, kluster lain ialah Kluster Nosoob Baru (17 kes), Kluster Kampung Lubok Stol (sembilan kes), Kluster Kubang Palas (47 kes), Kluster Padang Lalang Temerloh (21 kes), Kluster Jalan Dang Wangi (55 kes), Kluster Tembok Nanas 2 (19 kes), Kluster Seksyen 17 Lembah Sireh (sembilan kes), Kluster Jalan Mat Salleh (35 kes) dan Kluster Salamis (10 kes).

Sementara itu, katanya, kadar kebolehjangkitan pada kelmarin pula menunjukkan, nilai RT Malaysia sebanyak 1.09 dengan negeri yang mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.37).

“Ia diikuti oleh Kedah (nilai RT 1.23) dan Pulau Pinang (nilai RT 1.22) manakala, semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Labuan dan Perlis,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan