24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Zahid dalam keadaan baik, sedang kuarantin kendiri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan beliau berada dalam keadaan baik selepas disahkan positif COVID-19.

“Saya faham ramai tertanya-tanya mengenai keadaan saya selepas mendengar berita yang di luar jangkaan.

“Syukur Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan baik tanpa sebarang simptom tidak diingini,” menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Jelasnya, beliau tidak mengalami demam, batuk, selesema atau apa-apa gejala lain.

“Sekarang ini saya menjalani kuarantin kendiri dan bekerja seperti biasa secara dalam talian.

“Bagaimanapun iltizam saya untuk rakyat dan negara tidak akan sesekali goyah. Insya-Allah,” katanya.

Advertisements

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata, beliau akan terus berkhidmat dengan kapasiti yang ada dan memohon doa agar beliau terus berjuang.

“Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat dibawah lindungan Yang Maha Esa serta terhindar daripada jangkitan COVID-19 yang semakin memburuk di tanah air kita,” katanya.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan sejumlah 35 individu dalam kalangan ahli Parlimen serta pegawai mereka disahkan positif COVID-19.

Laporan awal menyebut selain Zahid, dua lagi Ahli Parlimen dilapor turut positif COVID-19 iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Mat.

Sementara Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Abdul Rashid Hasnon dikatakan mempunyai kontak rapat dengan pengawal peribadinya yang positif COVID-19 dan turut diminta menjalani kuarantin kendiri.

Bagaimanapun, Annuar, Nik Abduh dan Rashid menafikan laporan tersebut dan mengesahkan mereka sihat dan ujian calitan mereka adalah negatif. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan