34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ifa Raziah nafi pilih vaksin, penyakitnya hanya sesuai Pfizer

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pelakon dan personaliti TV terkenal, Ifa Raziah tampil menafikan sesetengah netizen yang menuduhnya sengaja membatalkan proses vaksinasi kerana tidak mendapat jenis vaksin yang diinginkan iaitu Pfizer.

Kecaman dari netizen itu diterima selepas Ifa memuat naik hantaran di laman TikTok.

Dalam hantaran di media sosial itu, Ifa yang mesra dipanggil Miss Diva menulis, “Cancel (batal) vaksin hari ini kerana tidak dapat suntikan Pfizer di MITEC”.

Ia sekaligus menimbulkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan netizen.

Berikutan dengan itu, Ifa tampil menjelaskan bahawa dia mempunyai penyakit dan vaksin jenis Pfizer sahaja yang sesuai untuk keadaan dirinya.

Sementara itu, dalam satu hantaran lain yang dimuat naik di Instagram, selepas menerima kecaman hebat itu, Ifa terus membuat penafian berkenaan dengan pemilihan jenis vaksin yang ditawarkan secara percuma oleh kerajaan itu.

Jelasnya, itu hak kita nak ambil atau tak walaupun sudah disediakan oleh kerajaan Malaysia dalam aplikasi MySejahtera.

Advertisements

“Cuma setahu saya kalau di MITEC, mereka akan dibekalkan dengan vaksin jenis Pfizer. Tapi bila saya sampai, lain pula jadinya. Nak Pfizer tapi diberi Sinovac,” seperti dilapor AstroGempak.

Walau bagaimanapun, Ifa tidak mendedahkan jenis penyakit yang dihidapinya dan turut menunjukkan sepucuk surat sebagai rujukan untuk mendapatkan vaksin yang bersesuaian sahaja.

Tambahnya lagi, ia bukan soal melancong ke luar negara ataupun kualiti vaksin yang berbeza namun keadaan kesihatannya yang memaksa untuk dia mendapatkan vaksin jenis itu.

Sementara itu menerusi Instagramnya, Ifa menjelaskan bahawa setiap orang mempunyai hak sama ada mahu menyuntik vaksin atau tidak dan ia terserah kepada empunya badan.

Sambil membidas netizen yang mengecamnya, dia berkata:

“Kalau tak nak kena cucuk tak apa, jangan jadi kaki cucuk. Yang Penting Miss Diva bukan mengada-ngada tak nak kena cucuk. Doktor tak bagi cucuk. Lain kali dia kasi cucuk, akan cari yang secocok,” katanya.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan