29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Eina Azman, suami dapat suntikan vaksin atas rujukan pakar

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pelakon Datin Paduka Eina Azman dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeeet Harden diberikan suntikan vaksin Covid-19 atas rujukan doktor pakar yang merawat mereka.

Pengarah Hospital Raja Permaisuri Baiunun (HRPB), Ipoh, Dr Abdul Malek Osman berkata, pasangan itu dikategorikan berisiko tinggi ekoran menghadapi masalah kesihatan dan komorbid.

“Tiada isu ‘potong barisan’ dalam pemberian suntikan vaksin ini dan pasangan ini telah dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar yang merawat kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan yang berisiko tinggi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Kosmo Online melaporkan, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 26, berkongsi satu hantaran status di Instagram memaparkan dia dan suami dikatakan berada di sebuah hospital selepas selesai disuntik vaksin.

Bagaimanapun, selepas dipersoalkan netizen bagaimana mereka boleh mendapat ‘jalan pintas’ suntikan vaksin sedangkan bukan tergolong dalam petugas barisan hadapan, ibu kepada dua cahaya mata itu bertindak memadam hantaran terbabit.

“Alhamdulillah, hari ini (semalam) saya dan suami sudah cucuk dos pertama vaksin. Tak sakit pun. Dua jam sebelum dicucuk Eina makan panadol dulu.

“Untuk Eina, pening kepala sikit selepas suntikan. Tapi sekejap sahaja lepas tidur sebentar, rasa okey.

“Tak tahu kenapa rasa lapar berganda nak makan sahaja. Tapi nak tanya, normal ke kalau muka jadi ‘bloated?’ Sebab muka Eina jadi bulat sangat lepas suntikan vaksin. Saya rasa lain orang, lain kesan sampingannya tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar,” tulis Eina.

Dr Abdul Malek berkata, pasangan tersebut telah menerima suntukan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) HRPB pada 25 Mei lalu.

Beliau berkata, PPV HRPB sememangnya menerima rujukan pesakit daripada pelbagai fasiliti kesihatan dari dalam dan luar negeri Perak.

Katanya, semua pesakit yang dirujuk ke PPV tersebut telah menjalani pemeriksaan awal (PV) yang hanya boleh didapati di klinik-klinik pakar perubatan hospital.

“PPV HRPB hanya memberi suntikan vaksin kepada pesakit atau pelanggan yang telah dirujuk dan tidak melakukan PVA tersebut di fasiliti PPV hospital ini,” katanya.

Tambah beliau, pemberian suntikan vaksin bagi fasa kedua telah diberikan keutamaan kepada golongan berumur 60 tahun ke atas dan individu mempunyai komorbiditi serta golongan yang berisiko tinggi. – Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan