27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Yang kalut kecam Ismail Sabri tu bagus sangat ke?

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh MUHAMMAD FITRI ABDULLAH

Semua pun salah dia. Yang orang lain buat pun dia nak juga kena tanggung.

Tak cukup itu, semua yang diperjelaskan pun pastinya akan dipertikaikan walaupun benar.

Bila tak selari dengan kehendak diri, semuanya akan ditentang secara habis-habisan.

Pelbagai kecaman, kejian dan kata nista dilontarkan.

Tapi masalahnya, bila dia nak laksanakan Plan A, kumpulan si penentang suruh pula buat Plan B.

Bila dah buat Plan B, persoal pula kenapa tak buat Plan A.

Selepas itu, kumpulan penentang-penentang yang sama ini juga akan bertindak ‘menyalak’ tak ingat dunia di media sosial.

Apa sebenarnya yang dimahukan? Atau sengaja nak salahkan si dia sahaja ka?

Itulah yang dihadapi oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob setiap hari sejak bermulanya era PKP dan seangkatan dengannya.

Ada sahaja cemuhan, cacian, rasa tidak puas hati serta tindakan bangkangan tak berasas dilontarkan kepada beliau.

Tak malukah kita nak mempersoalkan semua tindakan beliau yang sebenarnya dibuat atas persetujuan semua pihak berwajib demi kepentingan rakyat dan negara?

Sebagai contoh, marahkan kerajaan termasuk Ismail Sabri kerana tidak benarkan pulang beraya di kampung, tetapi golongan yang sama juga bertindak ‘melontar batu sorok tangan’ kepada kerajaan kerana mendakwa tidak melaksanakan lockdown.

Ehh, apa ni? Kau yang pening, lepas itu hasut orang lain untuk turut sama pening dengan kau. Dah kenapa ni?

Semua ini adalah mentaliti yang hanya mementingkan diri sendiri.

Jika satu-satu keputusan berpihak kepada kehendak diri, pastinya akan okay.

Jika sebaliknya, maka akan melalaklah kumpulan-kumpulan tersebut sampai nak keluar anak tekak.

Cubalah jadi rakyat yang berlapang dada dan mempercayai perancangan kerajaan yang pastinya dilakukan untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

Tanya pada diri, kenapa kita tidak membantu dan menyokong sepenuhnya usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan terutama melibatkan SOP.

Malah kita sebenarnya penyebab utama kepada berlakunya penularan kes COVID-19 yang kini telah mencecah angka 7,000 lebih untuk kes baharu harian.

Namun kita tidak menyalahkan diri, sebaliknya terus menunding jari kepada satu pihak lain yang harus dijadikan kambing hitam.

Jika ada antara kita yang pernah mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Datuk Zamsuri Ahmad, pasti kita tersentuh dengan satu ceramah beliau yang membicarakan tentang sifat manusia.

Menurut penceramah popular tersebut, sifat manusia adalah senantiasa menyalahkan pihak lain.

Jelasnya, apa jua tindakan pihak berkuasa termasuk ahli jawatankuasa (AJK) masjid pun akan turut terpalit terkena sumpahan dan makian daripada masyarakat.

Permasalahan manusia, jika berlembut pun tak kena, berkeras lagi lah tak kena, tak buat apa-apa pun kena juga makian dengan segelintir pihak.

“Kita jangan mimpi kata (kalau) akan dapat satu keadaan yang mana semua akan setuju dengan kita. Jangan mimpi!

“Sampai bila-bila pun akan ada orang yang setuju, dan ada juga yang tidak bersetuju sampai bila-bila pun.

“Kita buat betoi (betul) pun tak kena, buat yang tak betoi (tidak betul) lagi teruk kita akan kena. Oiiiii,, memang masak (teruk) kita kena dengan orang macam ni,” kata beliau dalam satu ceramah mengenai sifat manusia.

Tegas penceramah tersohor itu, sifat tersebut bukan berlaku pada masa ini, sebaliknya telah berlaku sejak zaman berzaman.

Menurutnya, kisah klasik yang terbaik dijadikan tauladan adalah mengenai Luqmanul Hakim bersama anaknya dan keldai.

Semua tindakan Luqmanul Hakim dipersalahkan tatkala dia menunggang keldai dan anaknya memimpin keldai.

Apabila disuruh anaknya menunggang keldai dan dia pula memimpin keldai, sekelompok masyarakat menyalahkan anaknya pula kerana tidak belas kasihan terhadap seorang bapa.

Apabila kedua anak beranak itu tidak menunggang keldai, segelintir masyarakat mengatakan mereka tidak mensyukuri nikmat.

“Semua yang dilakukan dipersalahkan oleh masyarakat.

“So tuan-tuan nak buat lagu mana (macam mana) untuk bagi semua orang puas hati?

“Tapi yang duk complain (buat aduan) itu langsung tak buat apa-apa. Itulah hakikat manusia,” kata beliau.

Untuk itu, mari kita muhasabah diri. Siapakah sebenarnya punca semua ini terjadi?

Kita tahu jawapannya. Tapi adakah kita akan akur dengannya?

Pastinya ego akan membelakangi diri kita untuk menerima hakikat sebenar bahawa kita adalah punca sebenar.

Tak perlulah menyalahkan orang lain, atau menjadikan satu-satu pihak untuk memikul semua permasalahan yang terjadi.

Fikir-fikirkan dengan jiwa yang tenang.

Adakah kita akan terus mempersalahkan insan yang bernama Ismail Sabri Yaakob?

Kalau dia dah tidak ada lagi nanti untuk memimpin, siapa pula kita nak salahkan?

Jadilah manusia yang rasional, bukannya bertindak mengikut hawa nafsu semata-mata.

  • Penulis ialah seorang pengulas isu semasa. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan